Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 20 Julai 2014

KUIH ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA @ KUIH KELAMPUNG :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah 22 hari kita berpuasa.. dan selamat berhujung minggu..

Buat kuih onde-onde ni pun di rumah FIL itu hari.. FIL panggil kuih kelampung hehehe.. sebab bila kuih masak akan terapung di permukaan kan.. juga di beri nama buah Melaka.. kuihnya tetap sama kan kekawan..


Kuih ni kegemaran Najeeha, anak nombor dua saya tu.. tengok tu tangan dia tengah menggetel kuih tu.. dia yg menolong saya didapur hingga selesai.. "senang rupanya buat kuih ni ye mama" katanya..
"nanti Jeeha boleh lah buat sendiri kan " balas saya..
Masa berbuka, kuih ini yg dihadapnya.. hingga ke sahur..

Jom semak resepi kuih yg mudah ini kekawan :)

RESEPI KUIH ONDE-ONDE


Bahannya :-
  • 1/2 peket tepung pulut (250g)
  • 7 helai daun pandan
  • 1/2 s/b tepung gandum
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka (dipotong dadu)
  • Kelapa parut yg putih
  • Sedikit garam
Caranya :-
  1. Gaulkan tepung pulut, tepung gandun dan sedikit garam.
  2. Daun pandan dipotong kecil dan dikisar dengan sedikit air.
  3. Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau dan tuang sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh.
  4. Ambil doh, buat bulat ikut saiz yg kita hendaki dan masukan inti gula melaka di tengahnya. Bulatkan semula
  5. Rebuskan didalam air mendidih, bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak. 
  6. Golekan keatas kelapa parut yg telah digaulkan dengan sedikit garam sewaktu masih panas.
  7. Siap utk dihidangkan
Selamat mencuba ^__^


8 ulasan:

  1. Kegemaran saya juga ni. Sesekali buat kuih ni mmg saya makan banyak..

    BalasPadam
  2. yatie...resepi sama dgn kakak ...
    tapi buah melaka yatie cantek menyerlah.

    BalasPadam
  3. Onde2.. Kuih ni lah antara yg mula2 sy pandai buat zaman muda2 dulu..

    BalasPadam
  4. noe biasa gak buat kuih buah melaka ni...

    BalasPadam
  5. Kuih kegemaran ni. Buatnya adalah beberapa kali dalam hidup ni :)

    BalasPadam
  6. Rumah sini pun sama dak TLBD suka tp beli aje haha...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)