Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)
Masak murtabak maggi ayam ni pada iftar hari Rabu tu hari.. kakak Nabilah masuk kereta terus tanya.. "mama, kat rumah kita ada mee maggi tak?"
"ada rasanya, ada apa pulak?" soal saya
"kita buat murtabak maggi nak tak, kakak dapat resepi dari suratkhabar" ujarnya..
Siap dipotong resepi murtabak ni kekawan.. bila tengok resepi ni , mudah ajer, boleh lah dicuba.. bahan-bahan dia pun ada dalam petiais..
Usai solat asar, saya masak nasi dan lauk utk berbuka.. kemudian baru saya dua beranak mula projek membuat murtabak ni, kakak tolong kupas bawang dan hiris sekali daun sup, saya cincang daging ayam dan celur mee maggi. Siap gaul semua, mula menggoreng.. 20 minit semua siap.. sedap di makan masa panaskan.. jadinya 7.20pm terhidang lah murtabak maggi ni..
Jom intai resepi kekawan.. saya guna satu peket maggi jer kekawan.. kalau ikut resepi di suratkhabar tu dia guna 2 peket, kalau kekawan nak makan ramai ikut resepi disuratkhabar tu ye :)
RESEPI MURTABAK MAGGI AYAM
Bahannya:-
- 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
- 100g isi ayam cincang
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- 3 biji telur
- sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
- Minyak
Caranya :-
- Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
- Goreng isi ayam cincang, angkat ketepikan.
- Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan ayam cincang yg digoreng tadi, bawang, daun sup, gaul mesra.
- Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
- Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
- Hidang ketika panas
mudah saja nak buat dia..nnt boleh cuba jgk la..
BalasPadamPernah cuba sekali. Rasa sedap juga sesekali nak ubah selera dari murtabak yang biasa dibeli tu.
BalasPadamsedapnya. lepas ni boleh lah nak cuba. senang je nak buat
BalasPadamboleh cuba gak ni
BalasPadameh senang jer la...bestnya...rasa macam nak buat plak..Dania suka ni kak
BalasPadambestnya mak dan anak minat yang sama, senang je ke buatnya..
BalasPadamFeberet anak2 sy ni cuma kami guna mee jenama lain..
BalasPadamSy pun kalau buat x guna perencahnya. Ada resepi, gaul sekali perencah sekali dgn telur tu..
pernah buat...tapi en suami x berapa suka
BalasPadamsenang nyer :)
BalasPadamYg senang..senang sajaa..yg penting sedap rasanya...ambik ko komen aku T...versi dangdut lagi...hehe
BalasPadamhahhahaha tergelak besar aku Aini.. berdangdut ko bantai komen :D
Padambertuahnya yatie anak dara nya suka memasak....
BalasPadamselalu gak jumpa resepi ni kat mana2 tapi tak penah SB cuba..
BalasPadamanak bujang saya pun suka jugak..;-)
BalasPadamhttp://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/03/murtabak-maggi.html
Mcm senang sgt...mls2 memikir bolehlh btkn...tq resepinya
BalasPadamSedapnya murtabak maggie.. TQ share resipi..
BalasPadambest murtabak megi ni
BalasPadamkenyang makan
huhuhu baru semalam buat murtabak maggi
BalasPadamWAH SEDAPNYA...SELAMAT BERPUASA.
BalasPadamblh cuba nanti ...
BalasPadamwife saya kalau dah abis idea nak masak apa, dia akan buat murtabak maggi. selera saya lak...makan juga tapi takde la sampai tahap minta tambah. hihihi
BalasPadamsalam kak..nak buat pun senang kan.. boleh lah cuba nti..rajin lah kakak Nabilah ni..:-)
BalasPadammenarik gk menu murtabak maggie..rmi gk tgk org buat tp blum cuba
BalasPadamnampak menarik n best tp ntah bile nk buat
BalasPadamBanyak jadinya CH dpd sepeket maggi....puaslah makan Kak Nabila tu
BalasPadamsedap sgt murtabak maggi ni. terima kasih ye sbb share resepi yg sdp ni.
BalasPadamtq atas resepi ye........
BalasPadam