Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 11 Julai 2014

RENUNGAN :: Asbabun Nuzul Dari SURAH AT TIN ~ Kisah ABAH lagi ..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari ke 13 kita berpuasa.. semoga kita berada didalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik utk kita terus beribadah lagi...

Semalam mak cerita , 
"abah ko ni semakin pelupa.. bila sahur dia sahur, kata puasa ... bila azan zohor dah buka katanya.. mak kata dah masak ada nasi dan lauk nak makan ke.. terus ke dapur pergi makan.. " kata mak , 

"tak apalah mak, abah pun dah tua , umur pun dah 87 tahun, lagi pun dah uzur, tak tahan dia berpuasa lagi" ujar saya  

"mak tengok abah ni dah macam budak2 pulak .. lepas asar dia kata dia puasa.. sudah" tambah cerita mak..
"tapi tak apalah dulu dia tak pernah tinggal puasa.. masa askar dulu abah kena bawa peralatan yg besar dan berat.. dia masih tahan berpuasa" imbauan kenangan mak semasa abah dalam askar.. 
Mak pun pernah bercerita, abah pernah terbalik kan meja ketuanya.. masa tu dalam askar British, abah kena duty 3 jumaat berturut-turut.. mana boleh dah masuk 3 jumaat tak solat jumaat.. mengamuk abah.. pastu baru ketua dia buat giliran yg betul..



Lepas tu saya cerita pada mak, Surah At-Tin ayat 4, 5 dan 6 , Allah telah menjanjikan mak..
Ayat 4"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
Ayat 5" Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat yg rendah"
Ayat 6 "Kecuali orang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yg tidak putus-putus"


"Maknanya abah sekarang berada di peringkat nyanyuk mak, dia tak ingat apa-apa yg dilakukan.. Maka Allah S.W.T menurunkan ayat selanjutnya iaitu ayat ke 6 surah At Tin yg menegaskan bahawa mereka yg beriman dan beramal soleh sebelum nyanyuk akan mendapat pahala yg tidak akan putus-putus"  ujar saya..


" ye lah kan.. semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran buat abah ko tu.. kesian juga mak tengok.. "  balas mak..
"InsyaAllah.. semoga abah berada dalam rahmat Ilahi" balas saya

"Ko dah masak ke? Tanya mak menukar topik lain..
"Hehehe hari ni tak masak beli kat restoran Soto SS8 tu, Nabil nak roti Jhon, kakak nak pulak siput sedut pulak, Jeeha nak ikan keli sambal.. ikutkan ajer sebab lauk tu tak ada dalam peti ais" balas saya..



Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT kepada hamba Nya tiap-tiap sesuatu yg berlaku ada penyudah yg baik. Asalkan kita pada awalnya telah beriman dan beramal soleh.. maka diteruskan pahala yg terdahulu tanpa henti-hentinya..
Dalam buku hadiah harijadi Nabil ni ada menceritakan segalanya.. 



15 ulasan:

  1. setiap sesuatu yang berlaku tu pasti ada tertulis dalam surah Nya kan kak
    semoga ayah akak sihat sentiasa

    BalasPadam
  2. hargailah ketika dia masih bersama kite kak...mcm saya tiap saat merindui ayah:'(

    BalasPadam
  3. Semoga kesihatan ayah akk sentiasa baik...

    BalasPadam
  4. rasa sayu baca kisah ayah yati...moga dia sentiasa dalam lindungan allah

    BalasPadam
  5. terima kasih kongsi info yatie untuk akak jadikan panduan .
    sayu hati bila cerita pasal ayah ....jagalah dia dengan kesabaran selagi hayatnya masih ada....

    BalasPadam
  6. bahan bacaan yang bagus untuk anak-anak..malah untuk orang dewasa juga

    BalasPadam
  7. abah akak dulu british army? samalaa dengan arwah abah saya. kalau ikut umur pun lebih kurang sama la...arwah abah kalu ada lagi umurnya dalam 86 tahun...yela kak...mmng lama2 dah uzur, memang jd pelupa atau kembali mcm budak2..org yg menjaga la yg kena sabar byk2..

    BalasPadam
  8. Maha pengasih Allah begitulah bila org yg beramal solleh sebelum dia nyanyuk/tak sedar dsb pahala akan berterusan. Sama seperti mereka yg mengamalkan dhuha, rawatib dan tahajjud. Bila dia telah hilang upaya seperti abah Yati ini pahala tetap akan berterusan walau dia dah tak buat lagi...

    Moga kita mampu seperti mereka yg soleh/solehah kan Yati. Insya-Allah.

    BalasPadam
  9. Sama mcm Arwah mak mertua aku T...sebelum meninggal pada usia 89 thn...tiap waktu Azan...TV mmg kena tutup lah waktu tu...dia akan bising2 kalau melambat-lambat kan solat...waktu bulan2 puasa begini...dia akan khatam Quran..tp masa dia sakit T..dia tak sembahyang..dia lupa...kdg zohor dia buat 2 raqaat...magrib 4 raqaat..sehinggakan dia menangis-nangis T....selalau tanya..kenapa mak selalu lupa nak baca surah apa selepas Alhamdulillah...Allah maha pengasih maha penyayang kan T...ada habuan buat hamba2nya yg sewaktu sihat dahulu..sedikit pun tidak pernah melupakanNYA...

    BalasPadam
  10. Mak saya baru 77 tahun tapi dah nyanyuk. Memang perangai orang tua ni bila dah nyanyuk macam budak-budak kecil. Macam mak saya, berebut-rebut nak makan aiskrim dengan cucunya. Siap minta duit RM2 lagi nak beli aiskrim 3. Sebagai anak, kita ikut sahajalah kerenahnya. Walaupun banyak lupa, mak tetap boleh cam rupa anak-anaknya lagi. Alhamdulillah, ada juga ingatan yang tersisa.

    BalasPadam
  11. sedih plak baca..semoga ayah kak yatie sihat walafiat..walaupun nyanyuk sudah mula kelihatan...dan semoga mar kak yatie pun sihat hendaknya...

    BalasPadam
  12. alahai....kesiannya abah akak....x per la kak...dah bahagian dia...banyak pahala dia dapat...

    BalasPadam
  13. kesiannya abah akak tp xpela kak memg dh de dlm.al.quran kan...Asemoga abah akak peroleh rahmat dr Allah

    BalasPadam
  14. Semuanya sudah tercatit dlm alquran kan CH...subhanallah....Mak okje pun umur lebih kurang abah jugak CH....syukur ingatan masih ok

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)