JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 20 Jun 2016

Lauk SAHUR Lagi .. GULAI UDANG GALAH KACANG PANJANG ~___^

Salam petang yg ceria kekawan :)


Ikut tekak anak-anak biar berselera makan sahur kan..
Saya buat ni sahur baru ni.. masak lemak kuning jer ni..
Bila kacang panjang di regu dengan udang galah ..
Memang manis lah kan..
Seronok mereka .. kuah penuh dalam pinggan..
Sebelum ni saya buat burger utk mereka sahur..
Suka juga dorang..
Dorang kata lagi tahan lama mama..
Bertenaga dan tak penat..
Nampaknya mama kena beli daging burger dan roti lagi lah
nampaknya.. lagi mudah kerja mama korang hahahha..

Resepinya cukup mudah kekawan.. 10 minit dah siap masak hahahaa..
Tak payah nak menumbuk cili bagai .. kelentang kelentung pagi hari.. santan tu pun dah siap perah.. simpan dalam petiais..

RESEPI GULAI UDANG GALAH KACANG PANJANG

Bahannya :-
- 10 ekor udang galah saiz sederhana
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji bawang merah dihiris
- 1 mangkuk santan
- sedikit serbuk kunyit
- 1 batang serai diketuk
- 1 helai daun kunyit
- 1/2 keping asam keping
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Masukan santan dan bawang hiris bersama kacang panjang.
2. Didihkan kacang panjang tu sehingga masak separuh. kemudian baru dimasukan udang galah.
3. Masukan juga serai, asam keping,serbuk kunyit dan daun kunyit serta garam.
4. Masak hingga mendidih sekejap, perasa garamnya boleh diangkat. Udang galah tak perlu masak lama, nanti isi nya keras, masak dengan api sederha ajer.



13 ulasan:

  1. Udang galah ni ada tahinya di kepala.
    Kalau menyiang pastikan tahinya dibuang.
    Baru sedap dimakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah dibuang tahi dikepala tu en mazlan..
      Kalau tak bebal nanti hihihihi

      Padam
  2. hai kak yati, semenjak dua menjak udang galah aje nampaknya. itu ari mee kari udang galah, hari ni gulai lemak pulak. berselera anak2 makan ye.

    tapi kalau anak2 mintak burger utk sahur tu, mmg senang sgt lah. saya pun suka kalau diminta begitu.

    BalasPadam
  3. sodapnya lauk sahur akak... udang galah lg

    BalasPadam
  4. adoiii tak berenti ayaq lioq dok menitik ni Yatie tengok udang galah dan kacang tu, mmg bertambah makan nasi kalau lauk ni walaupun time sahur

    BalasPadam
  5. Nur klau sahur la pening nk masak apa huhu
    Tp sebelum tido dh siapkn bahan...esok bangun masak aja..
    Sedapnya udang gan kacang tu..mmg berselera

    BalasPadam
  6. Rajinnya ko masak CH....siap melemak bagai. Kita pagi pagi tu buat air jer CH hihi....
    Kalau ada lauk lebih baru masak nasi kalau tidak, makan apa yg ada.
    Pak Jilapah pun katanya nak menyadokan perut. Tambah mak senang hihi!

    BalasPadam
  7. Knor dh lma tk jmpa udg besar ni,pgi psr ada yg biasa2 jer...kdg tu byk...mmg beli la haiiii..ni tgok laik ni bikin kecur plkkkk nk msk juga

    BalasPadam
  8. Udang galah..alahai memikat selera..bagus gak buat mcm ni, semua segala sayur, all in one.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)