Salam kekawan.. :)
Semalam kami berbuka puasa bawah pokok hahhaha ~__^
dah macam ber piknik lah pulak..
Rupanya semalam petang ada majlis penyampaian sumbangan ramadhan dan hari raya dari Sultan Selangor di masjid negeri Shah Alam ni..
Dah hampir 4 tahun saya tidak mengikuti program ni..
Dulu masa di Jabatan Pembangunan Asnaf saya selalu ikut lah..
Sebenarnya disediakan khemah..
Tapi en. suami kata panas duduk bawak khemah tu..
Walaupun disediakan kipas..
Jom kita ambil angin petang di bawah pokok tu..
Sambil kita bertadarus dan menunggu berbuka ;)
Eeehhhh.. cop.. cop.. kata dah tak nak berbuka di masjid kan..
tapi tu lah macam nak cuba dengan idea baru en suami ini :)
Semalam macam proper jer kami berbuka..
Lepas berbuka sedikit..
Terus solat maghrib berjemaah..
Pastu makanan dah ambil siap-siap dan isi dalam beg..
Itu yg dicadangkan oleh en suami dan bawa alas tempat duduk..
Cari bawah kipas pulak tu..Lagi damai makan kat situ..
Semalam makanan ada 2 jenis..
Satu nasi kukus ayam berempah..
Satu lagi nasi beryani ayam masak merah..
Kami tak perasan pulak yg nasi kukus ayam berempah..
Adik-adik bujang tu yg bagi..
Kak ada lebih ni.. katanya..
Apa lauk tu .. tanya saya..
Yang ni nasi kukus ayam berempah.. bila dengar tu Nabil teruja lah nak tu.. Boleh lah bagi akak yg tu.. jadi ambil lah yg nasi beryani ni.. kata saya.. tak payah kak.. kita orang pun ambil jugak hihihi..
Kami berempat makan nasi beryani ayam masak merah..
Kuih meriah juga karipap, seri muka, pau pandan, serta kurma..ada bubur lambuk juga.. kami tak ambil satu sorang pun.. ambil 2 bekas kuih dan 4 bekas bubur lambuk tu..
air pula sirap dan kopi 0 dan mineral..
Saya ada bawa air teh 0 panas dalam tarmos.. perghh nikmat betul dapat minum air tu panas suam kihkihkih..
Pagi tadi kami sahur Bihun Goreng Daging.. bila gi BW blog Mummydearie yg ada anak bubly abang dan adik cute tu cerita dia sahur bihun goreng .. udah macam teringin juga nak mencuba.. mana tahu anak2 boleh terima makan bihun goreng di pagi hari..~__^.
Alhamdulillah mereka makan bersungguh-sungguh.. siap bertambah, sehingga habislah semangkuk bihun ni..
Saya takut tak habis jer.. malam tu balik solat tarawih saya dah siapkan cili goreng dengan daging tu serta goreng tauhu tu, pastu rendam bihun terus.. masa tu jeeha dah tanya.. nak masak apa tu.. kita sahur bihun goreng daging jer pagi esok boleh.. ok tu, mama jgn buat pedas tau.. tu yg potong cili utk saya..
Bangun pagi tu terus jer masukkan sayur sawi dan taugeh jer.. sekejap jer dah masak..
Kekawan sahur apa tadi..
Boleh jadi idea saya juga memasak utk sahur..
Terima kasih ye kak ton bagi idea bersahur :)
berbuka puasa sambil berkelah bawah pokok mmg best tu damai menikmati suasana senja...kak mkn sahur xkisah sgt asal ada kurma n seketul dua kuih ok je.
BalasPadammeriah bertukar tmpt berbuka..amik angin ala2 piknik...
BalasPadammmg mcm piknik kak... tak ramai ke yg buka kt masjid kak... tgk mcm lenggang je...
BalasPadambila siap ngn preparation baru lah dpt berbuka ngn selesa ye kak
seronoknya berbuka kat masjid.. setahun sekali macam ni, memang best kan kak...
BalasPadamkalau fai sahur dgn mihun, memang berselera sgt la kah. sebab fai ni "hantu" mihun. lebih2 lagi ada daging, lagiiiii lah sedap. hihi..
pagi tadi terlewat bangun sahur, 4.45 baru sedar. sempat goreng ayam je mkn dgn sambal belacan. hihihi
Seronoknya berbuka di masjid. Bihun tu menyelerakan :)
BalasPadamPagi tadi anak suruh saya buat maggi goreng. Perencah guna perencah sendirilah. HD pulak nak makan beef burger aje. Saya macam biasa kunyah kurmalah. Semalam masak kentang+ikanbilis bercili kononnya teringin alahai tekak tetiba tak sentuh langsung. Saya panaskan jugalah pagi tadi kotnya boleh telan makan dengan rotikan...
BalasPadambertukar angin berbuka mcm ni sesekali best la kak...mcm nak try je...bawah pokok tu syahdu je rasanya...
BalasPadamok lah tu kak, dah ada teknik baru berbuka di masjid.
BalasPadamjadi hari ni di masjid ke di rumah agaknya ye?
saya berbuka di rumah aje dgn anak2. menu pun simple2 aje
singgah sana sini blog cari idea nak masak berbuka dan sahur. hehehe...
BalasPadamalhamdulillah,pelbagai aktiviti yang Ch dan anak-anak lakukan sepanjang Ramadan, seronoknya :)
BalasPadamNi iftar ala2 piknik la namanya.kemain lg berbuka bawah pokok..nasi dan kuih pun sedap2 belaka.mihun goreng tu pun sedap kan menu untuk sahur
BalasPadamSy td sahur kfc je.hahaha..
Ni iftar ala2 piknik la namanya.kemain lg berbuka bawah pokok..nasi dan kuih pun sedap2 belaka.mihun goreng tu pun sedap kan menu untuk sahur
BalasPadamSy td sahur kfc je.hahaha..
seronok berbuka ala-al berpiknik ni kak...meriah nampaknya tu..
BalasPadamidea juga ni sahur bihun goreng.. nak masak pun senang kan.. hehe..
dua tiga hari ni en Kuling cuti lagi dok sahur nasi lg..:)