Salam petang yg ceria kekawan :)
"Dah lama tak makan kari" kata en suami..
Ye lah saya pun baru perasan dah lama saya tak masak kari..
Pastu Najeeha kata " Kari ikan lah mama, dah lama pula tak makan ikan"
Ye juga tu .. jadi saya memenuhi lah selera dua beranak ni untuk iftar.. yg ada dalam petiais tu ikan senangin.. boleh jer layan kan .. sedap isi nya lembut..
Najeeha ni bila masak kari suka layan dengan keropok.. jadi saya suruh dia goreng keropok.. sebenarnya semua orang suka keropok kih kih kih.. siap goreng banyak2 dan simpan dalam tupperware tu..
Bila nak sahur boleh makan sama jugak..
Resepi saya sama jer kekawan. Jom tengok saya letak sekali lagi.. jom lah kita mengari petang ni :)
RESEPI KARI IKAN SENANGIN
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan senangin dikerat dua
- 3 ulas Bawang merah kecil
- 2 ulas Bawang putih
- 1 inci Halia
- 5 sudu besar serbuk kari
- 7 bendi di kerat dua
- 2 buah tomato
- Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
- 1 cawan santan pekat
- 2 buah Pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis
- Sebatang serai (diketuk)
- Setangkai daun kari
- Minyak masak
- Garam
Cara-cara :-
1. Basuh ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.
Hari tu saya masak sambal tumis ikan bilis petai.. petai tu saya borong masa pergi cameron highland tu hari.. kupas simpan dalam petiais tahan lama.. petai dari sana sedap .. petai hutan kan..
nak resepi boleh terjah kat sini Sambal petai sedap
Dah lama juga saya tak buat sayur campur ni .. jadi saya buat sekuali juga .. nak lepas geram.. meratah sayur jer masa berbuka tu..
Boleh jadi idea utk memasak kekawan petang ni..
Saya masak weekend jer :)
sambal petai tu yg tak tahan tu...mkn kari bubuh kicap..perghh..menjilat jari...posa, posa..hihi..
BalasPadamFuh menu semua sedap2..telan air liur je la org yg tgh berpantang ni.haha..kopok tu la yg paling terliur..haish..
BalasPadamFuh menu semua sedap2..telan air liur je la org yg tgh berpantang ni.haha..kopok tu la yg paling terliur..haish..
BalasPadamnyum2
BalasPadamlengkap menu akka... sedap bebeno nengok ikan senangin tuh
BalasPadampetang ni kami makan sambal udang petai kak. nyum nyum semua suka udang. Tapi ikan senangin tu, satu family tak suka pulak. tak pernah masuk ke rumah kami...
BalasPadamSedapnya menu ifftar yatie...kalau dekat boleh mengendeng sikit ...hihii.Sambal petai tu memang menggoda ,yatie.
BalasPadamSayur campur tu akak selalu buat yatie,tapi biasanya masak sup je...sedap yatie lagi menyehatkan.
teringinlah tengok kari yatie tu
BalasPadamapa lagi sambal petai tu aduiii lah
dahlah lama lagi nak berbuka ni
Assalammualaikum kak..kalau kari tu PC sekeluarga suka sangat makan dengan roti kak..
BalasPadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Menu cam gini mmg bertambah2 nasinya kak yati..
BalasPadamtgk kari ikan sengin disini.. akak teringatkan kari ikan mak di kampung.... huhuuu
BalasPadamSedapnya kari ikan!!!
BalasPadampetai pnmbah selera..dap ermm
BalasPadamHari tu ingat nak beli petai....bila nak bayar, terkejut tu harga petai Rm15 henggit satu bekas. Bekas polistrin besar tapak tangan kita ni. Mahal ya Rabbi. Terus tak jadik ko haha.....
BalasPadamHari tu ingat nak beli petai....bila nak bayar, terkejut tu harga petai Rm15 henggit satu bekas. Bekas polistrin besar tapak tangan kita ni. Mahal ya Rabbi. Terus tak jadik ko haha.....
BalasPadam