JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 7 Jun 2016

Untuk Sahabat ... WAHAI WANITA ^__^



Wahai wanita,

jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,

jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

12 ulasan:

  1. Wahai wanita
    Berbanggalah kerana menjadi seorang wanita.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian ini . Bertuahnya kita sebagai wanita .
    Yati tadi tanya pasal pekasam kan . Yati boleh baca entri akak yg ni # http://saniahibrahim4.blogspot.my/2013/05/pekasam-ikan-gelama.html?m=1

    BalasPadam
  3. begitu bertuahnya kita sebagai wanita dan semoga kita semua diangkat darjat sebagai wanita yang terpuji.

    BalasPadam
  4. Wanita2 yg K.Yati sebutkan itu adalah antara penghuni Syurga. Moga kita pun layak utk Syurga-Nya.. kan K.Yati. Aamiin..

    BalasPadam
  5. Beruntungnya kita sebagai wanita...
    patut dijadikan contoh buat kita semua...

    BalasPadam
  6. nice sharing.. selamat berpuasa sis :)

    BalasPadam
  7. Untungnya kita dijadikan sebagai wanita CH... Moga kita dapat mengharungi dugaan Allah sebagaimana tabahnya wanita wanita hebat yg terdahulu...

    Weyh mak tgh kena sawan ni... huhu

    BalasPadam
  8. Untungnya kita dijadikan sebagai wanita CH... Moga kita dapat mengharungi dugaan Allah sebagaimana tabahnya wanita wanita hebat yg terdahulu...

    Weyh mak tgh kena sawan ni... huhu

    BalasPadam
  9. Perkongsian yang baik ni, CH. Beruntungnya kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui, banyak juga pahala yang Allah akan beri buat kita bernama wanita nikan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)