Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Jun 2016

MENU IFTAR PULA :: SIZZLING YEE MEE πŸ˜†πŸ˜Š ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Buat Sizzling Yee Mee ni hari sabtu yg lalu.. balik dari Kuang ambil baju tu sampai rumah pukul 4.00pm.. singgah dulu hantar Najeeha gi tuisyen.. dorang dah minta pagi tadi.. tapi saya kata makan masa berbuka lah nanti.. jadi menunaikan lah permintaan mereka utk berbuka puasa yg ini pula.. weekend jer lah saya memasak sekarang ni.. masak ni sekejap jer pun.. pukul 5.30pm saya dah siap kuahnya.. nanti nak dekat buka saya ... masaklah dengan yee mee nya tu :)


Saya masih gunakan resepi yg lama tu juga.. sesuai tekak kami anak beranak hihihi..
Ok saya letak sekali lagi resepinya untuk rujukan kekawan..



RESEPI YEE MEE SIZZLING MUDAH

Bahannya :-(3-4 orang makan)
  • 1 bungkus Yee Mee (dlm nya ada 6 keping)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan Shitake potong 4
  • 2 keping dada ayam 
  • 3 biji cili kering di potong 1 inci
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 6 tangkai sawi
  • 1 kiub ayam
  • serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak bijan
  • Minyak masak utk menumis
  • Garam secukup rasa
(Saya gandakan bahan diatas utk makan 5 beranak kami ni )

Caranya :-

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukan ayam yg telah dipotong hingga empuk
3. Masukan 2 cawan air
4. Masukan pula sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukan cendawan . Masakan 5 minit.
6. Masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.
7. Titis kan beberapa titis minyak bijan.. jgn banyak sangat.
8. Masukan garam.. rasa masinnya.. jika secukup rasa . ketepikan.
9. Didalam pan lain, saya tak ada Hot Plate jadi guna jer Non Stick Pan tu. Letak Yee Mee dan tuangkan kuah yg telah di masak tadi kedalam sehingga tertutup yee mee.
10. Kemudian letak sayur sawi, kacau sebati, jika suka boleh di pecahkan telur.
11. Bila telur dah tiga suku masak boleh lah diangkat dan dihidangkan.


Dah nak akhir-akhir ni .. berbuka pun cari yg mudah dan anak-anak suka makan kan.. mak-mak dah jadi tak tahu nak memasak sekarang ni.. 
Tapi memang tabik springlah buat jiran kita yg rajin tu..
Memang menantu kesayangan lah kan.. pandai menawan tekak mertua hihihi.. 


14 ulasan:

  1. bestnya buat yee me sendiri.. lain kali nak try resepi kak yati ni, mesti puas makan, kan...

    BalasPadam
  2. Tengah time macamni tengok makanan semua terngin.
    Nampak lazat.

    BalasPadam
  3. MENYELERAKAN SEKALI TU...

    BalasPadam
  4. fuh sedapnya lama tak makan sizzling ni

    BalasPadam
  5. Betullah, CH. Dah hujung-hujung ni makin buntu tak tahu dah nak masak apa! Rasa macam malas pun ada. Saya setakat ni baru dua kali aje berbuka di luar. Lain-lain memang berbuka di rumah dan masak sendiri. Harapnya bertahanlah sampai ke hujung Ramadhan. Letih dah ni nak fikir apa nak masak!

    BalasPadam
  6. Nur bulan posa ni kak 2 kali dah buat...
    Tak tahu nak masak apa
    Tp bt simple2 aja...

    BalasPadam
  7. amboi sedapnyer, berdesis sampai kat sini..

    BalasPadam
  8. Huiiii..... mcm perli jer bunyinya hihi....Rumah kuta tak boleh masak masak mee gini, si bongsu tu tetap nak nasi jugak ....

    Hang ada piring sizzling tu ke CH .. ke pakai PA jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uikss mana pulak perli...
      Memang hang rajin lah Nom..

      Mana lah CH ada piring sizzling tu Nom..
      Mahu kena beli 5 ketul piring tu ..
      Sembelit CH nanti hahaha..
      CH guna jer PA tu Nom

      Padam
  9. Salam Kak..memang weekend ja lah boleh masak, kan kak..sedap plak tu, anak2 mesti suka ni..jarang sy makan YEE MEE SIZZLING ni kak..rasanya last makan pun masa duk KL dolu2.. hihi

    BalasPadam
  10. senang je yek nengok resepi akak nih... tp bila lah nk rajin cuba bt sndiri nih kak... huhuhuhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)