Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 5 Februari 2014

IKAN KERAPU STIM VS PEMANGGANG AJAIB..... eemmmm memudahkan :)

Assalamualaikum kekawan... :)

Sungguh memudahkan kerja saya dengan pemanggang ni... tak perlu saya nak keluarkan pengukus bagai... lepas tu cepat pulak masaknya... Bila dah demam ni tekak suka yg masam-masam jer kan... saya sebenarnya pun baru balik demam selsema... lepas tu diikuti oleh Nabilah... Alhamdulillah Nabilah dah sihat dan dah sekolah pun hari ni setelah 2 hari MC.. semalam en suami yg jaga dia dan bawa keklinik... kena jugak sedas injeksen kakak Nabilah di lengan sebab tonsil semakin membengkak....

Ikan kerapu stim memang mudah jer resepinya kekawan... kekawan lagi terer masak ikan stim kan.... tempek jugaklah resepi ikan kerapu stim guna pemanggang ni...

RESEPI IKAN KERAPU STIM
Bahannya :-
  • 1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 inci halia ~ ditumbuk
  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili api dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji limau nipis
  • garam
Caranya :-
  1. Panas air didalam pemanggang, sementara tu gaul ikan dengan garam dan bahan ditumbuk. Letakan didalam mangkuk yg boleh tahan panas.
  2. Lepas tu letak tomato yg di potong sedang, cili api yg dikerat dua dan sos tiram diatas ikan.
  3. Kemudian masukan didalam pemanggang dan tutup. Masak sehingga 15 minit , lepas tu perah air limau nipis diatas ikan, tutup semula. Tunggu hingga 5 minit.
  4. Siap utk dihidang :)


11 ulasan:

  1. ye betul tu kak yati..pemanggang ajaib..memudahkan kita memasak..

    BalasPadam
  2. memang sedap Kerapu stim ni kak...
    nti kalau sy nak masak2 sy datng blog sini cari resepi...hehe

    BalasPadam
  3. simple je resipi ni.. boleh try sbb hubby fai suke masakan mcm ni. sebelum ni x pernah lagi letak sos tiram, nnti nk try letak sos tiram pulak la.. :-)

    BalasPadam
  4. MASAK STIM NI SIMPLEKAN... YG PENTING MENYELERAKAN...

    BalasPadam
  5. mmg mudahkan masak gunakan pan ajaib tu..sng keje..hihi..myelerakan

    BalasPadam
  6. Layan tekak org demam mmg nak yg masam2 gitu..sama jugak mcm SB..yg ni pon nampak sedap jugak..

    BalasPadam
  7. wah..senang ni..boleh cuba juga nanti...nama pun pemanggang ajaib...memang ajaib la hehe

    BalasPadam
  8. pemanggang ajaib?wah2....niesa xsuka sgt mkn apa2 yg berunsurkan stim..hehe

    BalasPadam
  9. ehm sedaptu.. makanan sihat laktu... senang dan mudah lagi...

    BalasPadam
  10. ajaib sungguh kan...terus masak ikan tu...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)