Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 26 Februari 2014

SUP KEPALA IKAN MERAH...... eemmm yummy :)


Assalamualaikum kekawan.....
Petang ni balik nak masak apa ye.... itulah yg selalu difikirkan oleh ibu yg bekerjakan... selalunya saya masak kari kepala ikan merah ni tapi dah lama tak makan sup, saya masaklah  sup kepala ikan merah ni pada hari isnin tu hari... cepat dan mudah saya nak menyediakannya... pastu makan dengan sambal kicap cili api ... aduh sedapnya...

RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH


Bahannya :-
  • 2 belah kepala ikan merah 
  • 4 cawan air
  • 1 bungkus sup bunjut
  • minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (tumbuk semua bahan hingga lumat)
Bahan Tumis 
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga bau wangi.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih,masukkan ikan dan kacau rata.
  4. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. Letakan sedikit serbuk lada hitam.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  6. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. 


12 ulasan:

  1. wahhh...sedapnyaaaaa...kena wat wiken nie...hehehe..

    BalasPadam
  2. goreng sikit ikan merah tu... wallaaaaaa

    BalasPadam
  3. sedap dan mudah... eh, mata ikan merah tu asek pandang che mid je..macam suruh che mid ambik dia jee..

    BalasPadam
  4. nyum nyum… sekali sekala makan sup kepala ikan sedap jugak :)

    BalasPadam
  5. ni peberet saya ni akak... saya memang sangat suka sup ikan merah

    BalasPadam
  6. bestnya.. bru je borak dgn kawan sal sup kepala ikan.. teringin nk mkn

    BalasPadam
  7. salam..memang sedap makan sup kepala ikan ni..hirup kuah pun best..

    BalasPadam
  8. Aku kan T kalau masak sup2 ni.....aku akan masak dia last sekali...mcm dah nak dekat2 mkn tu baru aku masak..dapat mkn dia panas2..sedappp...

    BalasPadam
  9. mesti ada sambal kicap baru sedap..hehehe

    BalasPadam
  10. Jarang sgt buat sup kepala ikan CH...selalu beli ikan tak sekor...kadang tu pilih badan jer.. tu yg tak jumpa kepala tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu... :D kalu beli seekor, alamatnya beratus2 la harganya... skarang ni sekilo rm34..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)