Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 14 Februari 2014

RINDU PADA MAK.... MOGA DAMAILAH ROH MAK DISANA ....

Assalamualaikum kekawan... salam jumaat yg barakah :)


Hari ini saya bercuti (entri autopublish), kerana nak balik kg en suami kerana esok tengahari selepas zohor akan diadakan kenduri arwah untuk emak mertua yg tersayang, Pada 10 Februari 2014 isnin yg lalu, genap tiga tahun pemergiannya, sehingga sekarang bila balik ke kampung en suami masih terbayang senyuman keriangan mak menyambut kepulangan kami... Nabil lah yg diterpa dahulu kerana Nabil satu-satunya cucu lelaki... Bila kami menziarah kubur MIL, anak-anak sungguh sedih kerana kehilangan uwan yg belum puas utk bermanja dan berkasih sayang...

Saya sendiri terasa kehilangan MIL kerana saya cukup bertuah mendapat MIL yg sungguh baik... benarlah insan yg baik cepat bertemu Pencipta nya... Hanya doa yg mampu diberikan kepada MIL sebagai tanda kasih sayang kami kepada nya...


 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

"Ya Allah, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih daripada kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik serta pasangan yang lebih baik. Masukan dia kedalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka"
Amin ya Rabbal alamin..


11 ulasan:

  1. Masih bersyukur kerana allahyarhamah dikurniakan anak-anak soleh/solehah yg terus mahu mendoakannya. Moga rohnya tenang di sana Yati.

    Benar bagai dikata kasih ibu sampai ke syurga...

    BalasPadam
  2. Ini saja yg masih menghubungkan kita dan dia kan T..doa buat dia semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2nya dan menempatkan dia dlm golongan insan2 yg diredhai.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah buat arwah MIL akak.. mesti terkenang2 kenangan bersama bila dah tiada.. moga arwah tenang di sana... amin...

    BalasPadam
  4. Semoga arwah tenang d sana... Al- Fatihah...

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah... org yang baik pasti akan sentiasa dikenang2...

    BalasPadam
  6. Al-fatihah, moga mil akak ditmptkn dikalangan org2 yg solehah. Fil nza pn sgt2 baik. Dh lbh 11 thn arwah pergi namun arwah tetap diingatan nza.

    BalasPadam
  7. al fatihah... moga akak sabar menghadapinya...

    minta akak hantar alamat dan no fon ya ke email kemren0104@yahoo.com
    ada buah tangan sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ole-oleh untuk akak ye cheq shue.... ok nanti akak email no fon dan alamat ye ... terima kasih bagi ole-ole tu :)

      Padam
  8. Terima kasih kepada semua kekawan blog yg mendoakan arwah MIL saya... Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi . Amin...

    BalasPadam
  9. Semoga terampun segala dosa & bertuah ada anak & menantu yg soleh & solehah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)