JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Februari 2014

GORENG IKAN SELAR SAMBAL SERAI .... eemmm dapnya :)



Assalamualaikum kekawan ... :)


Goreng ikan selar ni masa hari isnin tu hari , dah jadi baja organik pun ehe :) Selalu makan kat restoran sebelah ofis ni.. saya suka ambil ikan goreng sambal serai... lepas tu saya buat sambal ni kat rumah ... ternyata tekak anak beranak tu suka juga... Nabilah siap buat bekal pagi esoknya, sedap mama sambal dia... duit belanja boleh simpan tabung ni... Najeeha pulak dah siap makan dirumah pagi tu... saya goreng 6 ekor semuanya.. adalah baki 2 ekor pagi tu, tu lah dorang buat bekal... Bak kata Blogger Eye-Nee kalau dah tekak minang tu tu... memang suka lah yg goreng berlado podeh ni... licin pinggan dibuatnya ehe :D

RESEPI GORENG IKAN SELAR SAMBAL SERAI

Bahannya :-
  • 6 ekor ikan selar sederhana besar
  • 3 biji cili merah*
  • 15 biji cili api*
  • 2 batang serai(Dihiris dulu)*
  • 1 inci halia*
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 biji bawang merah* (*dikisar)
  • garam dan kunyit untuk goreng ikan
Caranya:-
  1. Kunyit kan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, letak ketepi.
  2. Tumis kan bahan yg dikisar  dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
  4. Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas....

14 ulasan:

  1. sedap nyer... mak saya pon suka wat gini tp xde serai... makan confirm bertambah...

    BalasPadam
  2. biasa buat sambal mcm ni tp tak letak serai..nanti nak cuba resepi ni pulak

    BalasPadam
  3. pebret shuben sy klu msk camnie...tekak org negeri, nak kena pedas² semuanya...hik!hik!

    BalasPadam
  4. thnks kak yati, dapat idea nak masak lauk apa untuk dinner..semalam ada beli ikan selar..

    BalasPadam
  5. Salam Yati..klu masakan yg pedas2 ni mmg kesukaan lerrrr

    BalasPadam
  6. hari ini kakak kerja half-day yati.
    kalau rajin balik nanti baru masak.
    tak tahu lagi boleh buat macam ini siap berserai lagi... takut tak sempat.

    BalasPadam
  7. salam singgah. oh rindu kat masakan minang. nak buat kat rumah, takda sapa yg suka makan pedas2 ni :(

    BalasPadam
  8. sedapnya...tiba2 lapar...huhuhu...

    kak,blog nza kena block so xboleh buka...sedih sgt..skrg nza buat blog baru. nnti jengah n follow kt sini ye.
    http://naurahsweet.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. resepi baru ni bagi saya la kan..nampak sedap! kebetulan ada ikan selar kat petiais boleh try untuk lunch ni :)

    BalasPadam
  10. Nyum nyum..sy pun suka jugak..

    BalasPadam
  11. sambal kalau letak serai mmg boleh tahan sedapnya kan CH cuma jarang buat jer

    BalasPadam
  12. noe jarang buat...tapi mmg nampak sedap ni...

    BalasPadam
  13. simple2 gini yg buat bertambah2 nasi... nyumm😉😉

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)