Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 13 Februari 2014

AL KISAH TERKENCING DALAM SELUAR.....

Assallamualaikum kekawan... Moga sihat & ceria :)

Sungguh berhikmah Ibrahim ini , pandai menyembunyikan aib kawannya... inilah sahabat yg soleh ....

Cerita ini di ambil dari FB Ustaz Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man... saya kongsikan disini untuk renungan kita bersama ...

kredit google



Alkisah terkencing dalam seluar…

Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.

Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.

Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.

Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.

Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.

Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.

Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.

Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.

Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.

“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembungi peristiwa aibnya.

“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.

Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.

“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim.

Wahai anakku,
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.

Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah.

Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

Senyum

13 ulasan:

  1. satu kisah yang perlu kita ambil pedoman..buangkan ego untuk ucap terima kasih

    BalasPadam
  2. Indah paparan yg diberikan oleh Tn Ibraham Tn Man ini kan Yati.
    Bantuan diterima tak kira masa, kena renung kembali dlm diri kita ini..

    BalasPadam
  3. pemikiran ibrahim tu dah matured sgt..

    btwn.. batuk ni asyik nak terkencing je..hu

    BalasPadam
  4. setiap sesuatu tu terjadi ada hikmahnya....cerita yg dpt beri pengajaran..

    BalasPadam
  5. Sama2 ambil pengajaran dr cerita ni...tutup aib kawan, InsyaAllah Allah tutup aib kita....

    BalasPadam
  6. Penuh hikmah tindakan ibrahim tuh..banyak lesson yg dpt kita teladani..thanks krn kongsikan cerita nie..:)

    BalasPadam
  7. ada pengajaran disebalik kisah ni, terima kasih ye kak kerana berkongsi..

    BalasPadam
  8. perkongsian yang baik ni kak..setiap pertolongan yg dilakukan dengan keikhlasan tanpa mengharapkan apa2 balasan..niscaya sungguh besar ganjaran yg Allah berikan..

    BalasPadam
  9. Mulia Ibrahim tu..walaupun Ramli cemuh dia..dia bersabar..aku ni boleh ker jd mcm Ramli tu T..kalau kat sekolah dulu pkat nak bergaduh ngan org jer...

    BalasPadam
  10. tq sbb share cite ni kak.. menarik :)

    BalasPadam
  11. sangat2 menyentuh hati kisah yg akak share ni. bukan senang nk jumpa kawan sebaik ibrahim zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  12. YA ALLAH MULIANYA HATI DIA .. TP YG SELALU TERKUCIL NI BDK DARJAH 1 KAN KIKIKIKI

    BalasPadam
  13. Alahai mulianya hati Ibrahim...... mcm nama my Arjunalah CH...hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)