JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 24 Februari 2014

MASAK TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum kekawan... :)
Masak asam tempoyak ikan kembung ni saya buat minggu lepas masa saya tekak pahit yg nak makan yang masam-masam jer gitew... Kalau dapat patin masak tempoyak pun sedap jugak kan ... teringat pulak makan ikan patin ni di Restoran Temerloh Seksyen 15 Shah Alam tu ... eemmm dapnnyaa..

Patin tempoyak di Restoran Temerloh...
Jadi nak lepas tekak untuk masak asam tempoyak ni.. saya masak jer ikan yg ada dalam peti ais saya ni... emmm sedap jugak menghirup kuah asam tempoyak ni... Jom intai resepi mudah saya ni ..

RESEPI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahannya :-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 10 biji cili api* (tengok kepedasan masing2 ye )
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar)
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cawan air
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • daun kesum
  • garam
Caranyg :-
  1. Gaulkan bahan kisar, tempoyak dan ikan didalam periuk, kemudian masukan air, kacau sekejap.
  2. Lepas tu masuk daun kesum, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Apabila mendidih, rasa garam dan masamnya jika suka masam, boleh diletak asam keping, saya letak sebelah asam keping.
  4. Bila bahan dah sebati boleh ditutup apinya.
  5. Siap dihidang bersama nasi putih





16 ulasan:

  1. pekena dgn sambal belacan & ulam... wallaaaa....

    BalasPadam
  2. masuk kan daun kesum T...cam best jer dpt hirup2 kuah dia tu...

    BalasPadam
  3. bila blk kelantan,selalunya amik tempoyak kat sana..bawak blk kedah,bg2 kat jiran/ipar duai sbb kat rumah ni takde sapa makan tempoyak..

    BalasPadam
  4. Nyam2.. telekat kat meja makan kalau ngandap gulai tempoyak ni.. kene pulak kalau ikan patin... uhhh..

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaaaa..tp sy x mkn tempoyak kak...hehehehe..

    BalasPadam
  6. Ikan kembung pun jadik kan kak masak tempoyak..ermm sedapp nya :)

    BalasPadam
  7. sedap ni kalau dicampur lagi dengan cili hidup tumbuk....kena lagi dengan nasi panas-panas..

    BalasPadam
  8. sedapnya ikan kembung…. kalau kat sini, makerel aje la yg duk makan selalu.. tak byk pilihan :(

    BalasPadam
  9. assalam yati..acik pun suka buat masak tempoyak ikan kembung..memang selalu buat ikan kembung je..mana nak cari ikan patin kan

    BalasPadam
  10. xpernah pulak guna ikan kembung...kalau camtu bolehlh cuba.

    BalasPadam
  11. huhu..nampak sedap tapi saya tak makan tempoyak

    BalasPadam
  12. assalam
    emmm sedappp tu
    feberet ayah kita patin tempoyak tp kalu xda patin ikan ni pun boleh

    BalasPadam
  13. mmm sedapnyer...baru2 ni bunda balik kampong kami adik beradik masak ikan keli masak tempoyak...

    BalasPadam
  14. kalau citer ttg masak tempoyak ni, saya letak ikan apa pun mesti licin. terbaik der

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)