Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 27 Februari 2014

KUIH BAKAR LIMAU PURUT

Assalamualaikum kekawan ... ceria hingga kepetang :)

Sedapnya dapat minum petang ni dengan kuih bakar ni ye kekawan, kena pulak dengan secawan kopi 0 atau teh tarik
.... emmm enaknya :) 
Nak tempek resepi yg makcik berikan masa buat kenduri arwah tempoh hari... aroma daun limau purut tu membangkitkan selera saya sewaktu memakannya... selalunya buat kuih bakar ni letak air daun pandan jer... bila makcik Nab kata letak daun limau purut sedap, maka makcik pun letaklah, memang sedap kekawan ... berulang saya memakannya...

RESEPI KUIH BAKAR LIMAU PURUT

Bahannya :-
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat 
  • 6 helai daun pandan*
  • 5 helai daun limau purut*(* diblend bersama 1 cawan  air, ditapis)
  • 2 sudu besar minyak sapi dicairkan
  • 1  cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • sedikit pewarna hijau
  • 3 sudu besar bijan 
Caranya :-
  1. Mula-mula blend telur, gula,minyak sapi,jus pandan limau purut dan santan.
  2. Kemudian baru diblendkan tepung sedikit demi sedikit, bila dah sebati letak pewarna hijau dan garam, blend lagi hingga sebati.
  3. Kemudian tapis bahan tersebut dan masukan kedalam acuan yg telah digris dengan mentega atau minyak.
  4. Taburkan bijan diatas nya.
  5. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sampai masak, gunakan api atas bawah, letakan dibahagian tengah.


14 ulasan:

  1. wow...nampak sangat menyelerakan Kak.. baru je tadi sembang2 dgn member opis ttg kuih bakar ni...hehe

    BalasPadam
  2. saya tak berapa gemar kuih bakar hehe tapi teringin gak nak rasa yang berlimau purut ni hehe

    BalasPadam
  3. Okje mmg suka kuih ni CH...tp tak pernah buat buh limau purut....boleh try ni

    BalasPadam
  4. Sedappp sgtt bunyinya bila ko sampai makan berulang kali T....nnt ko buat ko hantar sikit kat aku yer...

    BalasPadam
  5. Sedap kuih bakar tuh tentu wangi sebb bau daun limau purut..

    BalasPadam
  6. x pernah dgr kuih bakar limau purut tapi nampak menarik juga tu..

    BalasPadam
  7. oh tidak saya kurang sikit kalau er limau purutni...

    BalasPadam
  8. Petang tadi baru teringat nak makan kuih ni..favorite ni..daha lama tak makan..esok kena carilah..he..he

    BalasPadam
  9. pertama kali dengar bubuh daun limau purut dalam resepi ni..

    BalasPadam
  10. betul tu kamsiah...pasti bertambah aromanya...

    BalasPadam
  11. wahhh...tambah bahan plak ekk dlm kueh bakar nie...mesti wangi giler...nak try wat laa resepi akak nie...

    BalasPadam
  12. wahhh 1st time saya tau kuih bakar ni letak daun limau purut...

    BalasPadam
  13. lama tak buat kuih bingka ni...tggu anak2 balik..dulu..minum ptg enak ni..nymmm

    BalasPadam
  14. Kuih camni suka SB mkn..ringan2 minum dgn kopi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)