JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 25 Disember 2015

KEK COKLAT TANPA TELUR

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti  yg panjang.. seronok dapat bercuti gi tempat jauh kan..
Tapi saya balik kampung kuang jer.. sebab malam ni pergi rumah kak ateh untuk kenduri tahlil arwah mak.. inshaAllah sabtu ni dan 100 hari mak pergi meninggalkan kami.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Sedang mencari kek yg tak perlu letak telur.. kesian kat Nabil tu.. takut juga belum sembuhnya.. nanti bernanah pulak kan.. pastu elok pulak post kat wall resepi ni.. cepat save kat sini.. kejap lagi nak buat..





Resepi Kek Coklat Tanpa Telur

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur 
Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam ( secukupnya )
3/4 cawan gula
2 sudu besar coklat cip
1 cawan air ( 250 ml ) atau secukupnya – better guna air sejuk dlm fridge
1/2 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
1/4 cawan minyak

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.

2. Masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.

3. Kemudian, masukkan pula air sejuk, gula,esen vanila, jus lemon,garam serta minyak dan pukul hingga sebati.

4. Setelah itu, masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati dan tidak berketul.

6. Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.

7. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga masak. Boleh uji kek dengan lidi untuk pastikan kek masak atau tidak. Cucuk pada kek, kalau bahan melekat pada lidi maknanya kek belum masak.

Toping: Masukkan coklat masakan, sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu dalam bekas dan guna kaedah doule boiler. Biarkan cair dan sapukan topping atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.

3 ulasan:

  1. cantik sedap sekali menarik ..tahnia ada ilmu dalam resepi ni ya

    BalasPadam
  2. Sekejap je dah 100 hari mak yatie pergi ya...Al fatehah
    Kakak nak save dulu resepi ni yatie.Kalau ank dara kakak rajin nnti boleh buat.

    BalasPadam
  3. Thank you untuk resepi tu.. dah lama teringin nak buat kek tanpa telur...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)