JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 2 Disember 2015

SINGGANG IKAN TENGGIRI... Lauk hari Ke 3 Berpantang Khatan Nabil :D

Salam petang yg ceria kekawan :)

Hari ketiga Nabil berpantang khatan ni saya masakkan Singgang Ikan Tenggiri.. hahaha dah macam menjaga anak bersalin pulak saya ni. Saya bercuti menjaga Nabil berpantang khatan ni, sambil tu buat kerja ofis dari rumah ni.. gunalah hospot sendiri, tengah dok buat laporan yg akan dihantar pada Jumaat ni. Jadi pagi-pagi dah memasak utk Nabil, sebab lepas mandi Nabil akan makan nasi panas. Lapar jer dia lepas bersunat ni.. karang pukul 10am nak minum milo cicah biskut marie pulak layan kan dia tu,,.

Kenalah berpantang Nabil ni, alhamdulillah dia nak makan apa yg dimasak tu, suka pulak tu, bertambah-tambah dia makan, kakak Najeeha pun sudah teringin pulak Singgang ni.. mama boleh rasa tak kuahnya, bila dihirup kuahnya .. sedaplah mama, bileh tak jeeha ambil kuah jer.. hahaha.. makan jer lah jeeha.. suka benar mereka menghirup kuahnya.

Jom intai resepi singgang saya yg mudah ini kekawan.. :)

RESEPI SINGGANG IKAN TENGGIRI

Bahannya :-
  • 2 potong isi ikan tenggiri
  • 1inci halia - dihiris
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 batang serai dititik
  • sedikit daun kesum
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa
Carannya :
  1. Masukan air, bahan hiris, ikan, asam keping, kunyit hidup yg ditumbuk, serai dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian letakan garam, kacau sebentar, jika secukup rasa boleh ditutup apinya.
  3. Siap utk dihidangkan.


15 ulasan:

  1. Kalau keluarga kakak berpantang cili langsung tak boleh Yati
    Ini bila ada pedas-pedas sikit sedaplah - manalah tak kakak-kakak tak teringin:)

    BalasPadam
  2. sedapnyaaaaa kak...
    saya masa pantang bersalin dulu, lauk ni lah feveret saya kak...saya boleh makan tambah dua pinggan sampai kena marah dengan mak mertua...
    dah tu sapa suruh masak sedap sangat kan...hahahaha...

    BalasPadam
  3. sedapnya...
    klo singgang y sy slalu buat, xde letak serai...

    BalasPadam
  4. sedapnya senggang mudah gini mesti nabil berselera mkn nasi panas tu.

    BalasPadam
  5. Masak singgang memang sedap!

    Anak buah saya berkhatan baru-baru ni takda saya pantang2kan. Semua dia makan. Balik dari klinik lepas berkhatan tu... sedap je dia makan aiskerim cornetto tu. Masuk hari ke empat dah pakai seluar.

    BalasPadam
  6. lauk pembuka selera ni..lawan dgn ikan masin.mau berpingan2 makan nasi..

    BalasPadam
  7. ikan singgang lauk kegemaran arwah nenek dulu.. lama tak makan dah.. kena ada sambal belacan kan. br terangkat.. tapi org pantang tak leh lah ye..

    BalasPadam
  8. hihi menu orang dalam pantang ye CH :)

    BalasPadam
  9. sdpnya ikan singgan tu.. terliur plak..

    BalasPadam
  10. Sedap ni... bunda kalu nak makan sangat, takder tenggiri, ikan kembung pun jalan... tapi bunda letak hirisan lengkuas...tak letak halia...

    BalasPadam
  11. Wauuu..sedapnya tu, boleh tambah 2 pinggan ni...

    BalasPadam
  12. sedap lak nengok kak... bkn kat nabil org lain tgk pun berselera

    BalasPadam
  13. sedap lak nengok kak... bkn kat nabil org lain tgk pun berselera

    BalasPadam
  14. Ni makanan okje masa beranak CH. Tp mak blend semua kunyit ngan halia. Sedap weyh! Terliur pulak hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)