JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Jun 2014

BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR :)

 Assalamualaikum kekawan.. 
Salam Jumaat yg barakah.. Moga sihat dan ceria :)

Saya masak sayur ni semalam .. sayur ni dan Tofu Telur ni kegemaran kami anak beranak.. hendaknya kakak Nabilah cukup suka sangat.. bertambah-tambah sayur dan tofu telurnya dalam pinggan.. yang nabil pulak suka meratah tofu telur tu..
Kak Najeeha tekak kampung sikit.. kalau lauk dan sayuran kampung dia suka sangat.. suka kalau saya goreng pucuk paku tu :)


Bahan yg cukup mudah dan cepat dimasak.. inilah antara lauk weekdays saya.. perlu yg cepat sahaja.. ialah balik kerja dan terkejar-kejar nak masak untuk dinner kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR 

 Bahannya :-
  • 1 bungkus taufa telur
  • 300 grm sayur  bak choy
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 inci halia dihiris
  • 1/2 batang lobak merah dipotong
  • 3 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya
  • garam
Caranya :-
  1. Bersihkan sayur bakchoy toskan. Letak tepi
  2. Goreng taufa telur yg telah di potong bulat sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih kekuningan,kemudian masukan air dan sos tiram, masukan lobak merah.
  4. Lepas tu masukan sayur bakchoy dan garam. Tutup sebentar sehingga sayur masak..
  5. Akhir sekali masukan  taufa yg digoreng tadi serta rasakan garamnya
  6. Siap utk dihidang.
P/S : ini entry auto publish.. jumaat-ahad saya balik kampung mertua..

17 ulasan:

  1. salam Jumaat kak..
    wahh nampak sihat betul mknn BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR ni.. sedapnya.. boleh cuba nti..:)

    BalasPadam
  2. yup sngt sedap...sy pun selalu masak mcm ni =)

    BalasPadam
  3. sedapnyeeeee.. ini masakan chinese kan!
    zura suka makan makanan ala2 chinese menu nih..sedappp

    BalasPadam
  4. simple je tp sedap kan..salam jumaat kak.selamat bercuti

    BalasPadam
  5. Sedap nampak...tengahari ni boleh minta tolong buatkan guna resepi nie....

    BalasPadam
  6. sedapnya sg tgk...tp sy tak suka sangat tofu..slamat blk kg yer..

    BalasPadam
  7. simple dan sangat menyelerakan

    BalasPadam
  8. emmm terliur knor tgok...mmg suka sgt towfoo lembut ni

    BalasPadam
  9. Sedapnya... nampak menyelerakan. Bolehlah saya cuba. Saya sendiri cukup suka tofu telur ni tapi jarang nak beli dan masak sendiri. Nanti saya nak cubalah hujung minggu kalau tak ke mana ...

    BalasPadam
  10. sedap dan berkhasiat tu yatie...kalau anak akak iman makan tofu telur tu aje,sayur tolak tepi .

    BalasPadam
  11. Kegemaran sikecik aku ni T.....

    BalasPadam
  12. Assalam yati,
    waduh sedapnya lauk macam ni..
    berlawankan sambal belcan dah cukup dah pada kita...:)

    BalasPadam
  13. Kak Yati..memang easy measy lah..nanti mlm nak try :-)

    BalasPadam
  14. sedapnya..sy pun suka klu sayur campur camni..bagus anak2 akak semua suka makan sayur

    BalasPadam
  15. Ohhh tu bak choy namanya yeh....jarang beli sayur tu CH.....
    Tohu tak hancur yeh CH....pandai awak masak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)