Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 Jun 2014

PAPRIK SEAFOOD... Ala Thai yg Mudah... emmmm sedapnyaa :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Aduh kepenatan tak hilang lagi ni.. baru balik Health Screening Test.. nanti 11/8/2014 appointment kedua utk keputusannya..
Sebenarnya nak cerita masak Paprik seafood yg dimasak pada hari isnin lalu.. dah lama tak makan tu yg buat..


Peminat tegar makanan seafood ni dah semestinya hero gambar diatas tu.. tapi badan tak naik2 lagi.. sampai ustaznya pesan suruh ambil ubat cacing..hehhehe.. balik sekolah terus cakap dengan saya " mama kena ambil ubat cacing lah.. ustaz kata makanan yg nabil makan tu, kebanyakan cacing yg makan, tu yg tak gemuk" hahaha ada2 jer ko Nabil.. okeylah kamu ni pun dah 7 tahun patut kena ambil dan ambil injection utk umur 7 tahun ni..

Jom intai resepi kekawan..

RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI


Bahannya :-
  • 300 gram campuran udang dan sotong
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 1 biji hollad di potong
  • 1/2 lobak merah dipotong
  • sedikit bunga kobis
  • 4 batang kacang panjang dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit minyak bijan
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris dan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah
  2. Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga.  Biar sayur masak sedikit
  3. Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
  4. Rasa masinnya, masukan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
  5. Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.



20 ulasan:

  1. ni blh masuk dlm koleksi menu ramadhan...hehehe

    BalasPadam
  2. simple tapi sedap..dah lama gak tak buat nih..

    BalasPadam
  3. bulan pose nnt mmg falsya akan selalu terjah blog akak amek idea utk masak time buka..kihkihkih

    BalasPadam
  4. ada sesetengah resepi paprik,letak pes tomyam,kan..

    BalasPadam
  5. dah lama tak masak padpaprik . boleh labuat puaa nanti ...

    BalasPadam
  6. sy kan kalau akak nak tau, cam tak pas masak ni. ala cuba pon br sekali masa belum berblog. pastu tak cuba2 lg...

    BalasPadam
  7. aduh nampak sedapnye nie...lieya kalo dpt lauk ni waktu sahur pun dah cukup okey dah nie...silap2 leh bertambah mkn nasi hahaahhahha

    BalasPadam
  8. nasi bentuk love tu... ni kasi idea masak malam ni :)

    BalasPadam
  9. adoi sedapnya dengan nasi bentuk love tu

    BalasPadam
  10. Boleh buat menu berbuka ramadhan nanti ni...

    BalasPadam
  11. saya masa kecik lagi keding dari Nabil...
    Takde kaitan dgn cacing kot... Suka hati jer cakap apa yg dia makana dimakan oleh cacing... lucu pun ada :)
    Sedapnya tomyam sea food... tapi kat rumah ni jarang beli seafood... sbb hubby resdung

    BalasPadam
  12. Resepi ni sama mcm yg sy selalu buat, tp tak letak cili giling tu sbb sos cili dah pedas. Anak2 tak makan pedas.. Padahal ibunya ni kaki pedas. Huhu..

    Ps: comel nasi luv tu ;-)

    BalasPadam
  13. Anak saya dah berusia 19 tahun pun masih tak nak berisi walaupun dah ikhtiarkan macam-macam cara untuk gemukkan sikit tubuhnya... Nak kata cacing rasanya tak kot...

    BalasPadam
  14. ringkas senang nak masak paprik...bukak selera untuk berbuka..

    BalasPadam
  15. bookmark untuk menu berbuka..hihi...yummy!

    BalasPadam
  16. Wahh resipi baru lg, mmg x pernah try masak sbb x tahu resipi boleh la try nanti

    BalasPadam
  17. pandainye Nabil.. banyak cacing dalam badan nabil.. keh keh keh,,,

    kasi bookmark dulu.. senang buat rujukan.. :)

    BalasPadam
  18. Boleh ambik sebagai menu iftar ni CH hehe....
    Ohhh Nabil penggemar seafood yeh....Seafood tu tak menggemukkanlah CH...kolestrol ye lah....

    BalasPadam
  19. Dah lama tak merasa paprik ni. Tetiba bila baca dah puasa pulak. Aduhai, boleh terliur lagi tu. Mewahnya pinggan Nabil dengan nasi+seafood paprik. Kalau kat rumah ni, habis segala seafood disuruh masuk mulut Mommy sorang je. Aduhai, sedih!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)