JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 27 Jun 2014

RESTOK untuk RAMADAN dan Senarai semak AMALAN...

Assalamualaikum kekawan ..
Salam petang yang ceria :)
Jom tengok apa senarai restok saya untuk menyambut ramadan ni..

Telur ayam, saya beli sepapan selalunya saya beli 10 biji jer.. bila ramadan ni.. telur memang lauk harian bersahur..


Gas saya dah beli ganti yang kosong tu, saya ada dua tong gas ni kekawan, satu saya punya waktu bujang, satu lagi en suami punya waktu bujang.. ni penting kekawan.. nanti dibuat kehabisan gas waktu sahur mahu haru biru di buatnya..

Ikan bilis yg dah siap belah.. saya beli 1 kg, satu tu nak bagi mak kat kampung.. goreng ikan bilis sambal pun jadi harian bersahur saya kekawan..

Bawang merah dan putih .. up bagi penuh bekas

Begitu juga bawang besar..

Kentang pun sama .. sahur dengan goreng kentang berlada dengan ikan bilis..

Beras dah beli sekampit lagi.. dalam bekas beras tu dah tinggal setengah .. penting ni nanti keruk-keruk beras dah habiskan..


Last sekali cheklist untuk amalan kita di bulan ramadan ni.. ada tiga ni pilihlah mana yg kekawan suka.. saya suka yg nombor 2 tu ehe..semua lah hehhee.. (kredit dari en google )
Nombor 1

Nombor 2

Nombor 3





17 ulasan:

  1. saya suka nombor 3... hehehe... :)

    BalasPadam
  2. wah lengkap, sambal ikan bilis menyelerakan tu...good idea :) salam ramadhan..

    BalasPadam
  3. seronok pulak ada jadual macam ni...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..
    belum berkesempatan membeli lagi..rasanya byk brg dah kering kat dapur..

    sama knor pun ye,maaf segala kekasaran sedar dan tidak sedar..semoga ukhwah berpanjangan..in shaa Allah

    BalasPadam
  5. nie pun dh stat beli sket2...terkejar2 jadi supermama skrg nie....

    BalasPadam
  6. Zura nih esok baru nak gi shopping barang dapur sempena nak sambut ramadhan..:)

    BalasPadam
  7. Banyak stok untuk puasa tu...selamat berpuasa buat yati sekeluarga

    BalasPadam
  8. selamat menyambut ramadhan juga kak,,
    bagus checklist akak,,boleh dijadikan panduan bersama,,

    BalasPadam
  9. selamat menjalani ibadah puasa yer.. semangat tengok stok2 semua dah ready :D

    BalasPadam
  10. stok utk ramadhan esok baru masuk ...

    BalasPadam
  11. bagus.. baguss... persediaan awal.. :D

    BalasPadam
  12. lengkap persediaannya...nanti share resepi mudah untuk sahur n buka ya kak ^_^

    BalasPadam
  13. Saya juga tadi dah start beli sedikit barang utk stok Ramadhan, esok sambung beli lagi.... :)

    BalasPadam
  14. yang penting ialah tong gas mesti berisi hehe...

    BalasPadam
  15. betul..barang penting tu mesti wajib ada untuk persiapan sahur...

    BalasPadam
  16. Setuju CH...
    Ikan bilis ngan telur tu mmg wajib....sebenarnya lagi sedap makan benda tu pepagikan ...

    BalasPadam
  17. Saya ni berempat je di rumah tu. Dua dewasa, dua kanak-kanak tapi stoknya mak hai, macam orang berkeluarga besar. Semua pun sampai penuh membuak...Perangai yang tak tahu bila dapat berubah. Maybe, bulan Ramadhan ni kot ....

    Checklist amalan tu yang risau sikit. Takut lebih banyak kosong dari yang bertanda. Aduhai, moga dipermudahkan beramal bulan Ramadhan kali ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)