JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 Jun 2014

KUEYTEOW SUP BEBOLA DAGING DAN IKAN... emmm Dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah .. semoga sihat dan ceria...
Kata orang tu.. mood demam tu masih ada, so selera tekak ni masih nak makanan bersup tu.. jadi saya buat lah sup bebola daging dan ikan ini.. alhamdulillah dalam rumah ni penggemar sup..


Saya rasa penyediaan sup yg paling mudahkan kekawan, pada masa tu saya masak juga nasi, lepas tu saya buat sambal kicap dan goreng ikan bilis dengan kentang.. cukuplah malam tu punya dinner..

Penggemar sup ni semestinya hero saya Nabil, bertambah makan dengan kueyteow, pastu bebola ikan tu lagi kegemarannya.. sampai lima biji dia makan bebola ikan tu..

Alhamdulillah dashboard saya dah pulih seperti biasa.. macam mana dengan kekawan.. dah ok juga ke..

Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan..


KUEYTEOW SUP BEBOLA DAGING DAN IKAN

Bahannya :-

  • 1 peket kueyteow
  • 1 bungkus kecil bebola ikan
  • 7 biji bebola daging
  • 3biji bunga lawang dan buah pelaga 
  • 1/2  inci kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 2 biji bawang besar ditumbuk
  • 2 labu bawang putih ditumbuk
  • 1 sup bunjut 
  • daun sup
Caranya :-
  1. Tumiskan bahan tumbuk dan rempah sekawan hingga wangi .
  2. Kemudian masukan air secukupnya, lepas tu masukan bebola daging dan ikan, masukan juga sup bunjut.
  3. Bila bebola daging dan ikan tu timbul maknanya dah masak, perasa garamnya.
  4. Kemudian masuk daun sup, tutup api.
  5. Panaskan air untuk celur kueyteow. Sekejap jer celurnya nanti lembik pulak.
  6. Siap dihidang

16 ulasan:

  1. Samalah dgn rumah kakak Yati. Kami selalu buat sup tak kiralah sup apa janji sup. Apa lagi kalau panas-panas lagi selera kan..

    Yati masih tak kebah lagi ke? Kena minum banyak ni Yati. Moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. adohai kakak, banyak resepi ni, boleh la buat menu untuk berbuka untuk bulan puasa ni kan

    BalasPadam
  3. salam kak... terliur nengok kueyteow ngan bebola tu... huhu.. tapi kat sini agak susah la nak carik kueyteow.. huhu.. terima kasih tuk resepi.. ada masa nanti nak cuba la.. ;D

    BalasPadam
  4. yummy..mmg sedap melayan tekak demam dengan sup cam ni..

    BalasPadam
  5. kalau kurang sihat,sup adalah pilhan yg tepat dan sesuai..makan masa panas2 tu...boleh memanaskan badan...

    BalasPadam
  6. sup memang sedap.... saya memang pengemar sup

    BalasPadam
  7. wowww...dan2 lapaq ooo tengok

    BalasPadam
  8. Sedap ni T..ada pulak sambal kicap...tak sedar peluh menitik..jgn sampai menitik masuk pinggan sudahhhh...

    BalasPadam
  9. geram pulak tengok bola2 tu..adui..terliur kak yatie

    BalasPadam
  10. Simple tapi mengenyangkan kan kak....kena pulak ngan sambal kicap..memang mabeles la..hehe

    BalasPadam
  11. budak2 memang suka sup kan kak...kalau anak2 saya pun bertambah2 ni

    BalasPadam
  12. oi oi sedapnyaaaaa macam nak buat je sebelum posa nie haaa tapi kira suka masuk ayam hihihi

    BalasPadam
  13. akak ni pun pengemar sup....nak2 bila ada sambal kicap yang diperahkan sedikit limau kesturi....tapi tak pernah buat lagi sup kueyteow.boleh simpan resepi utk ramadhan ni....

    BalasPadam
  14. Okje pun suka gak Sup ni ch...cuma cik abe kurang....tapi boleh jer dia layan....hari tu okje buat sup ayam ...makan dgn nasi mcm soto tu

    BalasPadam
  15. Nampak macam sedap walaupun simple je. Kat rumah ni penggemar sup cuma si Adik dan Mommy je.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)