Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 Jun 2014

IFTAR PERTAMA :: Berbuka di rumah mak.. MACAM-MACAM ADA.. :)

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah.. hari ini masuk hari kedua kita berpuasa kan.. semalam saya berbuka puasa dirumah mak di Kuang, 4 keluarga yg balik ajer, yg lagi 5 keluarga berbuka dirumah mertua mereka.. InsyaAllah minggu depan mereka berbuka dirumah mak.. jadi tiap minggu ada yg balik berbuka dengan mak.. abah pulak lebih suka berbuka di masjid sekarang ni.. dia kata senang terus sampai solat tarawih..


Saya sampai rumah mak lebih kurang pukul 3pm, tak lama lepas tu kak lang pulak sampai.. tanya kak lang nak masak apa.. Jom kita pergi kedai.. tengok apa kita nak masak.. akhirnya ini lah menu berbuka petang tu, Tomyam , Ayam goreng sambal, Bendi goreng berlado, Sup kerang (ini permintaan kak Nabilah) lepas tu pukul 5.30pm kak andak pulak sampai, dia kata dia bawa 4 ekor ikan untuk dibakar.. kami masak dalam pemanggang tu ajer senang..

Ini pula kuih muih.. yg masak hanya bubur chacha tu jer yg lain semua beli.. yg paling disukai ialah kuih bongkoh.. memang bulan ramadan jer kalau nak jumpa, en suami borong durian pulak.. aduh puasa2 ni makan durian.. en suami kata murah.. 4 biji RM10, besar pulak buahnya tu yg tergoda nak membeli katanya.. :)


Kami berbalas whatsapp bersama adik yg berbuka dirumah mertua.. dia kata tengah panggang kambing .. perghhh katanya menu hari ni ala-ala Arab style , dah tentu regunya dengan nasi arab tu ehe :)


Pastu saya jalan-jalan belakang rumah tu tengok buah longan mak yg berputik hari tu.. tengok dah semakin membesar, mak kata belum masak lagi tu, cina tu kata dia besar bola pingpong bila dah masak... ye ke mak.. besar tu ehe :)

Lepas solat maghrib .. kami terus balik sebab en suami nak tarawih di shah alam, saya tak ikut ke masjid, kami hanya solat isyak berjemaah dengan kakak dua orang tu.. ni kerja nabil yg ambil gambar.. tengok orang tengah nak bersedia solat dia ambil.. malam tu saya solat tarawih seorang jer sebab kakak dua orang tu penat.. nak tido awal lepas solat isyak tu..

Kekawan ada balik kampung ke iftar pertama ni.. 

23 ulasan:

  1. paling mengancam yg durian tu..huhu..

    BalasPadam
  2. seronoknya berbuka ramai2 mcm tu...saya hanya bertiga dgn anak ja..en suami berkursus sampai rabu ni..:)

    BalasPadam
  3. wah meriah iftar family akak

    BalasPadam
  4. seronoknya ada adik beradik ramai ,bila berkumpul cmni tentu meriah....mak ayah tentu tak pernah sunyi bila bulan puasa camni kan yatie.....

    BalasPadam
  5. yg meriahnyer bila dpt kumpul dgn mak-ayah & adik beradik kan kak... wahhhh ada tapai sekali ke tu, fav saya tu he3...

    BalasPadam
  6. Ya Allah... sedapnye kambing bakar!!!!!

    BalasPadam
  7. fuyooo meriah tu kakak...best3

    BalasPadam
  8. Bestnya T ada keluarga besar mcm ko ni..Aku hari2 pun boleh berbuka kat rumah mak T..dekat kan kekdahnya..dah lah aku 4 beradik jer..tinggalpun sebelah menyebelah rumah jer...

    BalasPadam
  9. Bestnya........ berbuka ramai2

    BalasPadam
  10. kami pun balik kg sahur dengan MIL, iftar dengan my mum...
    Selamat berpuasa...

    BalasPadam
  11. seronok berbukapuasa ramai2 adikbradik gitu...syrindu suasana tuh..:)

    BalasPadam
  12. Kak Yatie : Selamat berpuasa...wahh..mkn besar..

    BalasPadam
  13. Tak dapat balik.. huhuhuhu.

    meriah jugak juadah berbuka tu.
    sedapnye duriannn..hehehe

    BalasPadam
  14. Selamat berpuasa yatie
    Best kan berbuka meriah dengan adik2 beradik semua..

    BalasPadam
  15. assalamualaikum wbt...salam perkenalan.. wahh bubur cacar... sedap tuh... terliuq tengok aih...

    BalasPadam
  16. tengahari cam ni ternampak gulai telor tu sungguh lah menggoda jiwa raga!!!!

    BalasPadam
  17. wah...seronoknya kalau berbuka dengan adik beradik

    BalasPadam
  18. Akak bestnya..kenduri sakan..

    BalasPadam
  19. Mewah juga iftar hari pertama ni. Saya berempat berbuka ala kadar je. Masak pilov sebagai menu utama. Melayan kerenah anak sulung yang berpuasa dalam keadaan tak sihat. Suami pergi terawih, saya di rumah menjaga superheroes lasak tu ...

    BalasPadam
  20. kami tak balik kampung pun.. cuma bertukar kuih dan lauk dengan adik ipar.. bestnya berkambing kambingan~

    BalasPadam
  21. Hari puasa pertama noe bersahur dan berbuka di umah mak di kampung...besnya kan...adik beradik ramai yg balik...mcm noe...noe sorang je yg balik...amboi...siap ada durian tu...meriah

    BalasPadam
  22. berbuka dengan keluarga ramai-ramai memng seronok kan.. amcam-macam juadah ada, lepas tu berjemaah bersama.. Ros belum berkesempatan balik ke kampung menyambut puasa.. bila tengok macm ni, mulalah hati cepat je tersentuh.. InsyaAllah dalam perancangan nak balik Kedah minggu depan..

    BalasPadam
  23. meriahnya menu, meriah jgk g meraihkan .. kt org buka bertiga je kat rumah...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)