JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 12 Jun 2014

KARI IKAN SENANGIN... emmm dapnya

Assalamualaikum kekawan.. salam petang yg ceria :)

Petang semalam saya masak kari ikan senangin pulak kekawan.. kami anak beranak ni selera satu Malaysia.. semua boleh masuk.. kari ke, gulai ke, goreng ke, sambal ke ehe.. senang betul kaedah saya nak memasakan.. sebelum ni saya masak asam pedas ikan senangin ni (asam-pedas-portugis-ikan-senangin)

Lepas tu saya goreng keropok.. keropok tu Ganu mari.. itu hari adik ipar pergi kenduri kahwin disana .. maka dapat lah saya rezeki keropok ni.. jadi keropok ni regu makan dengan kari ikan senangin ni.. perghh memang meletoplah dinner kami semalam..

Jom intai resepi saya yg mudah ini :)


RESEPI KARI IKAN SENANGIN

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan senangin dikerat dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 7  bendi di kerat dua
  • 2 buah tomato
  • Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 buah Pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.

18 ulasan:

  1. emm sedapnya...kuah kari cicah roti pon sodap!

    BalasPadam
  2. acik memang suka ikan senangin..lembut je isi dia kan..
    tapi tak pernah lagi acik buaat kari..masak lomak cili api je yang acik masak

    BalasPadam
  3. oooo ikan senangin ni blh masak kari jgk ye kak? hihihi fil selalu bg ikan ni tp sy xthu nk masak ape..asek2 goreng kicap, smbal or stim je,....hihihi lepas ni blh la try wat kari plak =)

    BalasPadam
  4. perrghhhh....mmg sedap la...makan pulak dgn keropok tu :)

    BalasPadam
  5. hahaha memang lajulah makan kan dah ada keropok sekali..

    BalasPadam
  6. saya suka kari ikan..tp saya masak kari tak pernah sedap..emm

    BalasPadam
  7. nak bulan puasa ni blh la usha2 dulu resepi ...

    BalasPadam
  8. Boleh simpan resepi ni utk berbuka puasa nanti....

    BalasPadam
  9. Tengok gamba akak masak ni..mmg menyelerakan!

    BalasPadam
  10. Kak yati guna serbuk kari apa eh, Jm buat kari x menjadi x pernah rasa umphh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak guna kari Babas JM.. Selalu cuba JM nanti menjadilah tu.. insyallah..

      Padam
  11. Maaf ye out topic.. td terbaca komen sis kat blog nana pasal tshirt i am tue..
    Kami ada jual yg lengan panjang juga.. kalo minat boleh pm sy kat blog atau fb Nurul Dania..
    Tq

    BalasPadam
  12. ikan senangin memang sedap kalau masak apa sekali pun :D

    BalasPadam
  13. Urhmmm, sedapnya. Kenapalah lama sangat nak sampai lunch time nih :(

    BalasPadam
  14. Ada ikan tenggiri tu....mcn nak masak kari jugaklah....

    BalasPadam
  15. teringat pula kari mak Ros. hihi.. sedapnya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)