Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 18 Jun 2014

MASAK LEMAK PUTIH KOBIS ONG KING :)

Assalamualaikum kekawan .. 
Salam petang yg ceria :)

Masak lemak putih kobis cina ni kegemaran anak2 saya juga.. masa saya jejalan kat pasar tani Shah Alam tu.. kak Nabilah yg menegur "dah lama mama tak beli sayur ni" sambil memegang sayur tu.. "ye lah.. jom kita ambil setengah potong tu" ujar saya.. "Sedap juga kalau mama masak lemak putih tu" saran kak Nabilah tu..
Maka dinner semalam kami makan ini bersama dengan ikan kerisi sambal berlado.. pastu ada sambal belacan.. sedap mencolek tu..


Inilah rupa Kobis Cina @ Ong King dalam bahasa china tu.. bila di google banyak rupanya khasiat kobis cina ni kekawan.. ini lah salah satu khasiatnya ..
 Kubis Cina
Terdapat sesetengah penyelidikan berjaya menemui khasiat 'brassinin' di dalam kubis cina. Ia dipercayai mampu menghalang ketumbuhan dalam payudara. Selain itu, khasiat lain dalam sayur ini ialah 'indoles' dan 'isothiocyanates' yang membantu merendahkan paras estrogen dan menjadikan sayur ini sebagai sayur terbaik melawan kanser payudara. Satu hidangan sayur ini mengandungi 158mg kalsium dan secara tidak langsung, ia mampu melawan osteoporosis.

Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI LEMAK PUTIH KOBIS CINA

Bahannya :-
  • 1/4 Kubis cina dihiris serong
  • 1 mangkuk santan pekat + 1 gelas air
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 labu bawan putih dihiris
  • sedikit ikan bilis
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam
Caranya :-
  1. Masukan santan dan bahan hiris bawang serta ikan bilis kedalam periuk.
  2. Apabila santan dah hampir mendidih, masukan sayur kobis, rasa garamnya.
  3. Akhir sekali baru dimasuk cili merah hiris, kacau sebentar, tengok sayur dah masak, tutup api.
  4. Siap utk dihidang.

20 ulasan:

  1. ni mmg fav sy mkn dgn ikan masin wallaaaa

    BalasPadam
  2. Anak2 aku tak suka pulak T...dorang suka yg jenis sayur2 berdaun Hijau tua tu T..aku suka jugak ni...bila masak aku sorang jer mkn..nak muntah pulak paksa diri menghabiskan...Semalam pun aku masak Kerisi berlado T...sama lauk kita yer...

    BalasPadam
  3. Saya suka kobis masak lemak ni walaupun pilih bahagian kobis yang lembut je untuk dimakan. Semalam saya pun berkobis goreng. Lama sangat terperap dalam petisejuk kobisnya.

    BalasPadam
  4. Dari kecik cuba memujuk anak-anak supaya menyukai sayur tapi tak pernah berjaya hingga sekarang....

    BalasPadam
  5. lama tak masak kobis ni..
    masak lemak kena sangat la kak dengan sambal belacan..

    BalasPadam
  6. Resepi kegemaran kami juga ni kak...simple kan nak masak..:)

    BalasPadam
  7. JM pun suka masak dan makan sayur nih..mmg sedap dan manis...glurpp..mcm nak masak utk mkn malam nanti :-)

    BalasPadam
  8. tak sangka kubis ada khasiat jugak ye...ingatkan sayur kaler putih xde khasiat sgt. tp kalau masak ni kat rumah tak berapa nak jln....kuah jer dihirup. huk huk...

    BalasPadam
  9. Hahahaha..igt kan Ong King nama kedai alat2 elektrikal tu

    BalasPadam
  10. Sedap tu yatie.ada lemak putih ngan ikan goreng berlado

    BalasPadam
  11. saya buat kimchi jer sbb klu dimasak , bebudak x berapa nak makan .

    BalasPadam
  12. saya buat kimchi jer sbb klu dimasak , bebudak x berapa nak makan .

    BalasPadam
  13. Sy pun suka masak kubis ni..x masak lemak..sy tumis air..mmg sedap lawan dgn ikn kering pun jadi

    BalasPadam
  14. Masakan ni paling senang sebab kobis cina ni cepat masak. Nak cuci pun senang..awat tak tunjuk sambal sekali..perrgh..

    BalasPadam
  15. Sayur memang banyak khasiat nya..cik pun suka masak sayur ne..tapi masak sup jae lah..tak pernah lagi masak santan...

    BalasPadam
  16. lawan dengan ikan goreng dengan sambal..perghh..mmg tak toleh kiri kanan

    BalasPadam
  17. Yg ni masuk dalam list pasar okje CH...hehe
    Tapi lama jugak tak membeli ni...

    BalasPadam
  18. Kobis cina yg ni SA x berapa suka...x tau knp x suka....hihihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)