Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. Moga sihat dan ceria :)
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Saya ingin mencuba menggunakan pil perancang ini kekawan untuk mengelak haid semasa di bulan Ramadan nanti, ini kerana saya rasa rugi sangat tidak dapat melaku solat tarawikh dan menunggu lailatul qadar .. saya bila uzur syarie ni terlalu lama sehingga 13 hari .. tahun lalu lagi lah saya uzur awal dan penghujung Ramadan.. sebenarnya saya tak kisah untuk menggantinya sebab saya pernah mengganti sebulan puasa kerana saya melahirkan anak kedua dalam bulan puasa.. tapi saya nak manfaat sebulan Ramadan tu dengan sebaik mungkin..
Adakah kekawan pernah mencuba menggunanya.. kongsilah dengan saya pengalaman kekawan tu ye..
no komen la kak yati. so far tempoh period sy pon lebih kurang macam tu @ maksimum. masa bersalin anak kedua pon sy ganti puasa sebulan. kalau dah refer dr. @ yg arif ilmu agama ni ikutlah nasihat dan pandangan mereka.
BalasPadamPertama kali dengar tentang ni kak.
BalasPadamTapi saya mmg x boleh ambil pil2 sebegini, alergik. Pil perancang pun x pernah mkn. Merancang sendiri.
sy rasa x payh kot. dgr pemdapat ustaz mcm ni..
BalasPadamwanita akan dpt masuk syurga..mcm taat kat suami, solat dan puasa.. maksud puasa bukan cukup 30hr dibuln ramadhan, jika kita ganti puasa dikira cukup juga. ganjaran tetap sama. itu sudah ketetapan allah. x baik kita nak ubah tanpa sebab yg plg baik. rasanya x perlulah kak.
setuju dgn awak..
Padamsy pun stuju jugak..ade hikmahnya tuh wpun tak dpt posa penuh..takperlah...redha jer lah..:)
PadamTerima kasih bagi pendapat PB.. bukan nak mengubah fitrah tapi bila ustaz kata di haruskan.. teringin pulak nak mencubanya.. ada kawan kakak akak tu ambil tiga bulan bermula dari Rejab, Syaaban dan Ramadan dia berpuasa dengan mengambil pil perancang ni.. wallahualam kan..
Padamsaya dah lama tak makan ubat dah sekarang ni kakak...
BalasPadamsaya pon 1st time tahu pasal pil ni.. in sha Allah kak, kita akan peroleh ganjaran lain dengan penyediakan makanan sahur & berbuka buat suami & anak2 wp tidak dapat sepenuhnya menjalankan ibadah puasa & terawih..
BalasPadambiasa orang amek time g haji / umrah kan.. utk puasa tak pernah plak dengar.. baik bertanya pada yang betul2 arif.. :)
BalasPadamperlu pandangan ahli yang lebih arif tapi saya sependapat dengan petakbunga...
BalasPadamSaya tak pernah amik pil ni..apatah lagi utk menyekat period ketika dibulan puasa..
BalasPadamsaya pernah dgr ustazah kata,period tu jugak satu ibadah...walaupun kita tak boleh berpuasa,beribadat,tp menyediakan keperluan berbuka utk ahli keluarga tu ibadah
Kedatangan haid pada tiap2 bulan itu merupakan lumrah bagi perempuan.Oleh itu terimalah ia dengan seadanya...
saya setuju dengan PetakBunga....kalau pun kita terlepas puasa & qiamullail pahala nya tetap ada.
BalasPadamtak pandai nak komen bab ni..tapi kalau pegi umrah atau haji saya setuju la dgn penggunaan ini..
BalasPadamCH....biar betul ni.....OKje pun lama jugak..... lama tu bukan banyak darah yg keluar pun....berekor keruh bercampur dengan kebiasaan yg kita keluar tukan... Tak terfikir pulak nak mencuba makan pil CH. Selama ni mmg tak pernah ambik pil untuk merancang pun so tak tau nak bagi pendapat apa....
BalasPadamTak payahlah...tak elok kot menyekat fitrah kita...
Ye hainom.. bab datang berekor-ekor tu yg jadi lama.. sedih dibuatnya.. Terima kasih bagi pendapat hainom..
PadamApa yg membimbangkan sebaliknya yg terjadi Yati. Pernah terjadi pada jemaah Haji yg menggunakan pil perancang bertujuan tak mahu kena haid tetapi takdir Allah walau dia makan pil tapi masuk minggu ke tiga di sana dia punya haid melebihi dari yg selalu. Akibatnya banyak ibadah yg tergendala. Sebaiknya sebelum makan dptkan nasihat doktor Yati.. kakak bimbang lain jadinya..
BalasPadamMasa mengerjakan haji tu hari saya tak ambil kakzakie.. tetapi masa mengerjakan umrah itu hari saya ambil.. alhamdulillah tak datang haid tu.. memang rasa takut jugak kakzakie takut jadi yg lain pulak.. terima kasih bagi pendapat kakzakie..
PadamYatie ....akak pun nak tau pendapat2 begini....ialah masalah period dah pramonopuse ni ....hormon dah tak menentu .Harap yatie dapat kongsi bila dh dapat jawapannya dari yg arif.
BalasPadampernah dgr ia digunakan semasa haji/umrah. tp tak pernah plak utk puasa ramadhan. sebaiknya tanya yg lebih pakar, kak..sy setuju beberapa pendapat yg kawan2 beri tu kak.
BalasPadamBagus juga ne..hukum nye pon di "harus"..tapi kene checkup kat doktor dulu lah...
BalasPadambagi saya apa yang Allah dah tetapkan tu dah terbaik untuk kita.. takut kalau dah normal keluar lepas tu disekat sekat nanti jadi penyakit lain pulak..
BalasPadamtu laa lieya pun ade terpikir nak consume pil ni mase bulan puase...tapi tu laaaa...masih dlm perancangan jek laaa hehehe...tapi kalo pi umrah ke haji mmg lieya consume laaaa...
BalasPadamsaya rasa kena rujuk pada dr jugakla ni kak..sesuai ke tak nak di makan sepanjang bulan puasa
BalasPadamKalau niat kita baik apa salahnya... tak pernah terlintas tapi bila dah bagi idea ni macam nak cuba... hehehe tapi terlalu lama sgt.. memang menjejaskan amalan baik kita di bulan ramadhan ni... rasnya tak apa..
BalasPadamRasanya tak perlu kot. Memanglah rasa sayang sebab tak dapat beribadah dan berpuasa penuh sebulan tapi itu memang dah lumrah kita orang perempuan. Saya pun kalau datang bulan tak menentu. Adakalanya awal, tengah dan akhir tapi ia akan rotate macam tu. Boleh agak jugalah bila masanya. Walaupun rasa sedih kadang-kadang kerana tak dapat nak menyambut 1 Ramadhan mahupun lailatul qadar, saya terima ajelah ketentuan-Nya. Tak pernah pula cuba nak makan ubat supaya dapat berpuasa penuh. Takut nanti datang masalah lain selepas makan ubat...
BalasPadambetter jumpa doctr sebelum amek, takut meudaratkan kesihatan nanti
BalasPadampendapat akak, janganlah melawan fitrah Allah. banyakkan berdoa supaya mudah segalanya. semasa akk dimekah ada jemaah muda yang makan ubat penahan haid, apa yang berlaku sampai hari ukuf pun tak lepas ikhram umrah lagi..
BalasPadambertawakkal sahaja..insyaallah..
kak Yatie..kalau tanya JM..tak perlu mkn pil tu sbb itulah kelebihan dan keistimewaan Wanita yang Allah beri
BalasPadamtak tau juga nak mmberi pendapat maalumler kitani tak pakar...
BalasPadamsaya ada terfikir nak guna cara ini dulu, tapi difikirkan balik, tak semulajadi pula, ubat tu mungkin tak medaratkan, tapi yg penting hati kita pada Allah, Allah tahu yg hati kita macam mana, perempuan ni dah di cipta datang bulan setiap, jadi saya ambil keputasan tak nak lah makan ubat ini.
BalasPadamtak yah lah kak..takut lps ni jadi lain pula.pil perancang ni sikit sebanyak tetap akan ada efek kak
BalasPadamerrr entah eh kak.. kalau ikutkan.. period tu pon 'hadiah' dari Allah tuk wanita.. in fact..part of ibadah kite..dan ada sebab kenapa Allah beri kan pada wanita sahaja.. cume kalau atas sebab2 akak cakap tu.. saya tak pasti nak bagi pandangan macamane sebab langsung tak pakar.. better akak tanya orang yang kebih arif tentang hukum ker.. atau dari segi perubatan ker kan.. :) semoga ramadhan kite tahun ni.. sama2 akan lebih bermakna insyaa Allah.. :)
BalasPadamKalau akak nk cuba boleh tp kena consult dgn doc betul2 make sure akak x de alahan apa2...takut lain plak jadinya nanti kan....
BalasPadam