JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 20 Jun 2014

GORENG BENDI BERLADO DENGAN BILIS :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)
Dinner semalam punya sayur.. goreng bendi berlado dengan ikan bilis.. Alhamdulillah budak tiga orang ni peminat sayur bendi ni.. selain diregukan dengan kari dan asam pedas , saya suka digoreng cili bendi ni kekawan.. Bendi ni tak boleh simpan lama dalam petiais kekawan.. walaupun masa kita membeli tu.. patahkan sikit hujung tu nak tahu tua ke tidak.. bendi ni tetap akan jadi keras jika kita simpan lama..
Kekawan suka masak apa bendi ni ye :)


Dari daun hingga ke biji penuh fungsinya



  • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. 
  • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. 
  • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. 
  • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Lagi Khasiat Bendi

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI GORENG BENDI BILIS 
Bahannya :-
  • 300 gram Bendi (dipotong serong)
  • 4 sudu cili merah kisar (dah dikisar dgn bawang ye )
  • segengam ikan bilis ditumbuk sederhana
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak masak, pastu goreng ikan bilis sebentar, angkat ketepikan.
  2. Tumis pula cili merah kisar tadi, lepas tu baru dimasukan bendi yg telah dipotong (jangan potong awal, masa menunggu cili tumis tu masak, boleh dipotong)
  3. Letak sedikit air dan rasa garamnya. Angkat, siap utk dihidang. 

12 ulasan:

  1. salah satu sayur kegemaran lieya ni kak.....

    BalasPadam
  2. saya paling suka sayur bendi.. ya aalah kalau dalam asam edas makan samapi 5 pun sedoo hahahaha .... x kisah masak apapun semua saya suka .. mcm ni pun saya suka hihihihihi....

    BalasPadam
  3. selalu makan kat kedai mamak je kalau mkn ns kandar sayur bendi ni.. tak pernah buat sendiri.. tq share recipe & tips kak :)

    BalasPadam
  4. saya pun sukagoreng bendi macam tu..atau buh dalam asam pedas atau buh dalam gulai...sedap sedap...rebus buat ulam pun sedap

    BalasPadam
  5. 1 family suka bendi...masak apa pon sodap....

    BalasPadam
  6. bendi tu rebus aje pon sodap... :) salam ukhuwah kak...

    BalasPadam
  7. Bendi is all time fav SA ni kak. ..masak mcm ni pun sedap..celur cicah belacan pun sedap..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Info yg bagus ttg bendi. Akak masak kari ikan mmg selalu letak bendi sbb famili suka. Kdg buat goreng sambal belacan,, pun sedap

    BalasPadam
  9. mmg sedap . lagi la klu guna cili padi ... perghhh

    BalasPadam
  10. Omomomo baca redipi pun dh boleh rasa kesedapan nya. Biasanya Jm masukkan bendi dlm kari ikan

    BalasPadam
  11. Saya tak makan bendi tapi selalu goreng berlada gini untuk suami je. Anak-anak pun sama, ikut resmi buruk emaknya :(

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)