Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 11 Jun 2014

GORENG IKAN MERAH BERLADO .... emmm lazatnya :)

Assalamualaikuk kekawan.. salam petang yg ceria :)

Kan dah kata minggu ni menu kami berasaskan ikan pulak.. malam tadi saya buat goreng berlado ikan merah ni.. saya beli ikan merah ni seekor, jadi yg isinya saya goreng berlado, nanti bahagian ekor dan kepala tu boleh dimasak sup atau asam pedas..

Ini permintaan anak2 juga, mereka suka makan ikan goreng berlado lepas tu nasi letak kicap... perghhh bertambah mereka makan.. masa ni kena pastikan nasi kena masak lebih satu pot kalau tidak tergantung makan kan..

Jom intai resepi saya yg mudah ini.. esok boleh mereka rujuk blog saya utk masak ehe

RESEPI IKAN MERAH BERLADO

Bahannya :-
  • 4 potong isi ikan merah
  • 7 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah * (*dikisar)
  • minyak masak
  • garam
Caranya :-
  1. Kunyit kan ikan dan garam, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Lepas tu tumiskan bahan kisar letak garam, masakan hingga wangi. Tutupkan api.
  3. Kemudian baru dimasukan ikan goreng tadi, gaulkan sehingga sekata, kemudian angkat letak dipinggan.
  4. Siap untuk dihidang.


17 ulasan:

  1. adoi sedapnya kakak..nak buat guna ayam boleh tak....boleh yee

    BalasPadam
  2. Rajin btul akak nie masak..balik keje penat2 punsempat lg masak ikan goreng best tuh..febret sy nie..:)

    BalasPadam
  3. hmmm..sedapnya!! terliur saya tengok

    BalasPadam
  4. sedapnya yatie...tambah pula kalau ada ulaman ...

    BalasPadam
  5. ermm...sedap nya kak ikan masak berlado ni.. peberet suami sy ni...:)

    BalasPadam
  6. Acik pun suka ikan masak macam ni yatie.kalau acik lak lawannya sayur masak lemak putih

    BalasPadam
  7. sedapnya ni makan dengan nasi + kicap

    BalasPadam
  8. oowwhh time kasih kak!! hihihi terima kasih kerana bg sy idea utk msak ape dinner hari ni =)

    BalasPadam
  9. emm...feveret family jugak. ikan ke, ayam ke, telur ke semua kalau masak sambal mesti laju jer makan. :)

    BalasPadam
  10. bukan anak2 yati aje yg suka makan goreng berlado bubuh kicap..akak pun suka..hehe

    BalasPadam
  11. Sedaonye nak nak mkn dgn nasi panaskan kak

    BalasPadam
  12. Sedapnya...pasti makan sampai leleh air liur nih....

    BalasPadam
  13. masak berlada ni anak buah pun suka ... dah pandai makan pedas tapi mrk masak sendiri ...

    BalasPadam
  14. Pandai anak2 mkn pedas ye... mkn dgn nasi panas2 mmg menambah la jwbnya :-)

    BalasPadam
  15. aduhai.. goreng berlado ni memang sedap tau.. Ros pun ada buat jugak.. kadang-kdang tukarkan kepada cili hijau ..

    BalasPadam
  16. Hari-hari ada menu marbeles di rumah. Haruslah anak-anak bertambah nasinya. Saya ni cuti sekolah mood memasak merundum pulak entah kenapa. Asyik balik kerja keluar bawa anak berjalan. Sampai rumah dah Maghrib selalunya.

    Ikan merah ni favorite saya. Saya pun suka masak begini. Kalau gulai lagi best nih.

    BalasPadam
  17. Ohhhh...tak yah letak bawang putih yeh CH...okje masak mmg buh je bawang putih .
    Berlado mmg sedap....kalau masak satu lauk pun dah lengkap kan CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)