JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 November 2015

CARA-CARA TANAM SAYUR MUDAH KAEDAH SELF WATERING.. tak payah nak siram ehe :D

Salam petang yg ceria kekawan:)

Sejak saya joint Kebun Dalam Bandar (KDB) di FB tu.. semangat nak bercucuk tanam tu membuak-buak.. seronok tengok dorang post gambar pokok yg dah berbuah dan pokok sayur yg elok naiknya..
Sebenarnya saya dah ada mula beberapa projek tanam sayur.. tak sempat nak ambil gambar dan buat entri lagi, nanti saya kongsikan disini..

Jadi saya kongsi kan yg kawan FB KDB tu bagi cara tanam sayur guna "Hydro-foam cup"

Hari tu ramai yg bertanya saya mcm mana nak tanam sayur guna kaedah self watering system ni. Cara paling mudah nak berkebun - tanam, tinggal, tuai. Saya panggil "hydro-foam cup" sbb idea asalnya dari teknik hydropot tp sbb guna foam cup, sesuka hati saya nak panggil hydro-foam cup. Hihihi
Bahan yg diperlukan:
1 kotak gabus
12 foam cup (terpulang berapa lubang nak buat)
Wool filter (span aquarium)
Air Baja AB (utk letak kat dlm kotak gabus)
Cocopeat
Cutter (utk kerja memotong)
* modal dlm RM10-15 lebih jimat kalau guna brg terpakai contohnya foam cup tu. Berlambak kat majlis kenduri.
* Baja AB tu Baja asas, saya beli online je kat Rasinta Mazlan dan rasanya ramai lagi kawan2 kat sini yg jual online.
* feel free to share ya...
Cara2 nak buat tgk kat gambar attached ye....





Buat lubang overflow kat tepi kotak gabus utk membuang lebihan air sbb airnya tak boleh byk sgt hingga jejak ke foam cup. Saya buat lubang kat tgh2 sbb nak bagi air tahan lama. Maklum le selalu blk kg lama2.


Foam cup



Filter wool - potong memanjang seperti ini. Ukuran kepanjangan adjust sendiri, yg penting kena jejak ke permukaan kotak gabus dari permukaan foam cup. Lebihkan 1-1 ½ inci.



Lubangkan permukaan foam cup seperti ini. Kena pastikan filter wool yg nak disumbat masuk ke lubang ni nampak selesa. Jgn ketat nanti air susah nak diserap, dan jgn longgar nanti jatuh pulak dari foam cup tu filter wool nya.


Sumbatkan filter wool ke lubang yg kita buat kat permukaan foam cup td.



Buatkan lubang kat atas penutup kotak gabus. Besar lubang tu anggaran boleh masuk foam cup mcm dlm gambar.





Nampak tak filter wool tu? Kena jejak ke lantai kotak gabus tu.



Foam cup yg dah siap set ready utk ditanam.



Cara tanam:
1. Basahkan filter wool dgn air Baja AB hingga ke dlm foam cup.
2. Basahkan cocopeat dgn air Baja AB.
3. Masukkan cocopeat dan tanam pokok sayur. Siram sikit dgn air Baja AB dan letak kotak gabus kat tempat yg kena cahaya matahari tp agak kurang terkena hujan (di hujung kawasan berbumbung sbb kalau direct sgt ngan hujan takut nanti air Baja boleh cair (if hujan lebat...hujan sikit2 no problem)

* saya tanam daun sup (Sebelah kanan) dan beberapa pokok cili x sure jenis apa serta sepokok tembikai. Cili dan tembikai tu akan dialih ke pasu lebih besar bila sampai masanya.


17 ulasan:

  1. oohhh.. uniknye~
    macam menarik sangat nak cuba. hehehe

    BalasPadam
  2. wahhh bestnye nengokkkk....falsya nak cube tp takut xjadik..hehe

    BalasPadam
  3. kalau rajin semuanya menjadi (^___^) besnya tengok, is tak rajin pesah (^___^)

    BalasPadam
  4. Nak try la.. nak mintak suami buatkan..

    BalasPadam
  5. Takde tanah pon masih bole bercucuk tanam...yg penting ada kerajinan baru bole jadi...

    BalasPadam
  6. Boleh cuba ni sbb tak gunakan banyak Kawasan. Sayur pun nampak sihat.

    BalasPadam
  7. Menarik lah cara tanam nI kak.. boleh.cuba nti.. mudah...

    BalasPadam
  8. kaknoor pun tingin la nk tanam cam gini sbb tanam2 ni mmg sejak lama dh minat tambah yg gntung2 cm gini cntik jugak tu

    BalasPadam
  9. Boleh juga knor ikut ni...sesuai duk rmh yg tggi2 ni...kn

    BalasPadam
  10. Kalau nak seribu daya, yg jadi masalah orang macam saya - tak rajin bercucuk tanam, hehehe..

    BalasPadam
  11. Seronoknya dpt bercucuk tanam...skrg dh ada bermcm cara..rajin dgn tidak je kan..1 lg jimat ruang...

    BalasPadam
  12. Rasanya .....saya mmg tak akan cuba ni CH....Dahlah tak minat menanam, nak kena potong potong botol pulak hihi....mmg tidaklah kot ....

    BalasPadam
  13. Rasanya .....saya mmg tak akan cuba ni CH....Dahlah tak minat menanam, nak kena potong potong botol pulak hihi....mmg tidaklah kot ....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)