Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 November 2015

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA
Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….
1. Wap nasi :
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi :
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah :
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh :
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. Bawang Putih & Bawang Merah :
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut :
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato :
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya :
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur :
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
10. Brokoli :
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Selamat mengamalkan. Like dan Share

8 ulasan:

  1. Agak2 nye seorang perabun tegar cam saya ni bole ke cuba lagi petua2 kat atas ni...hehehe :p

    BalasPadam
  2. KALAU CUBA DIAMALKAN TIPS YG DIBERI NI TENTU ADA HASILNYA...

    BalasPadam
  3. Suke mkn lobak.. Baby lobak.. Yumm yumm yumm.. Manis.. 😍😍

    BalasPadam
  4. kalau lah entri nie di buat lebih awal....selamat duit beriban-riban bayar kat klinik. huhuhuhu

    BalasPadam
  5. Bagus untuk mereka yang rasa tak nak pakai cermin mata tu. amalkan petua ni

    BalasPadam
  6. wah banyaknya makanan yg boleh diamalkan yatie
    rasa nya benda tu semua ada dirumah kita kann
    kaknoor yg selalu dok amalkan karet je lepas ni bolehlah try yg lain lagi

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah semua diatas sy suka mkn ;)

    BalasPadam
  8. Banyak petua rupanya. Tapi biasalah manusia ni selagi belum kritikal kurang seriouslah mak mencuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)