JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 18 November 2015

PENGGANTI MEE MAGGIE ..... eemmm Lebih Sedap

Sudah lama mee maggie tidak masuk ke rumah saya.. en suami telah berjumpa pengganti mee maggie itu dengan An Nur Mee Wantan dengan perisa yg sama seperti mee maggie.. Ada perisa ayam,kari dan tomyam. Kami beli ketiga-tiga perisa itu kerana Nabil suka perisa ayam, Nabilah pula suka kari dan Najeeha suka tomyam.. kami suami isteri makan jer apa ada..
En suami kata bila kita nak tolong orang Melayu kita yg ternyata lebih halal dan bersih.
Dulu masa saya beli satu peket tu RM5.50 ada lima keping mee wantan dalam tu.. Sekarang ni apabila barang semakin naik, harga pun dah meningkat RM7.00 dengan kuantiti yg sama banyak tapi saya tengok mee dia semakin besar sikit.


Ini Nabil punya mee wantan ayam.. Nabil ni suka rasa pedas sikit.. tu saya letak cili benggala tu.. Kak Nabilah Mee Wantan Kari dan Najeeha mee wantan tomyam.. lupa pula nak ambil gambarnya..
Saya makan sama macam Nabil mee wantan ayam..

Cara nak memasaknya sama dengan mee maggie.. masa tu rumah saya tak ada stok sayur jadi togel jer lah.. saya suka letak sayur bayam dalam mee wantan ayam ni.. kalau mee wantan tomyam sedap letak kobis bunga dan karot.. kak nabilah pula suka letak kangkung atau taugeh dalam mee wantan kari tu..

Saya beli mee wantan ni di Smart Halal Shop dekat Seksyen 3 Shah Alam tu..

RESEPI MEE WANTAN AYAM

Bahannya :
  • 1 keping Mee Wantan Ayam
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang merah kecil - dihiris
  • Udang 
  • Sotong
  • cili benggala
  • Sayur bayam (ikut kekawan nak letak apa)
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris sehingga wangi. Kemudian masukan air, tunggu sehingga air mendidih baru dimasukan perisa ayam tu.
  2. Lepas tu masukan mee wantan, bila mee wantan tu separuh lembut masukan udang,sotong dan cili benggala serta sayur bayam.
  3. Tunggu sehingga mee wantan lembut dan masak. Boleh lah diangkat dan dihidangkan.



17 ulasan:

  1. Wahhh menarik tu. First time Nani tengok mee tu :)

    BalasPadam
  2. Wahhh menarik tu. First time Nani tengok mee tu :)

    BalasPadam
  3. falsya baru tau kak ade mee megi nie..kalau akak kate lg sedap dari meggi boleh try nie..

    BalasPadam
  4. bagus ni...tapi tak pernah jumpa lagi

    BalasPadam
  5. baru semalam usha nak cari resepi mee wantan. wah.. sedap ni..

    BalasPadam
  6. Walaupun dah bertahun2 saya tak sentuh mee segera tapi stok mee segera sentiasa ada di dapur rumah. Kalau dalam keadaan kecemasan itulah makanan yg akan dibelasah oleh anak2 saya...

    BalasPadam
  7. sedapnye...kat tempat saya tak penah lagi ternampak...kalau terjumpe kompom saya beli jugak

    BalasPadam
  8. yerler kat tempat kitapun tak nampak.. kot idak memang kompom beli sebab memang suka mee wantan.. rasanya lebih halus..
    ehm nampakpun sedap tu..

    BalasPadam
  9. Terima kasih berkongsi info.
    Boleh la saya cuba.
    Sebab memang selalu begi Maggi je pun selama ni

    BalasPadam
  10. kene cari nih,... aiyan pun suke btl mkn megi... mmg nk gantikan megi yg ada ngn mee lain... mcm best jgk nih

    BalasPadam
  11. Pasaran belum meluas lagi ni Yati
    Harap boleh sampai JBlah produk ini.

    BalasPadam
  12. Harap boleh dapat lah kat Penang mee wantan ni.. lama dah x beli megi!

    BalasPadam
  13. Alahai kat sini tak de kedai tu CH...... Takkan nak gi Shah Alam pulak. Mau sesat mak hihi...
    Memasing punya citarasa yg berbeza yek..

    Dalam rumah ni, si TLBDlah yg suka makan maggi ni. Kalau tido hotel mesti standby maggi cup.

    BalasPadam
  14. kat sini tak pernah jumpa lagi. kalau tidak mesti beli jugak. sekarang mmg kena support barang melayu islam. sebab sekarang banyak sangat isu non halal tapi dapat pulak sijil halal kan

    BalasPadam
  15. First time saya dengar nama produk ni. Saya ni kalau ke Shah Alam selalu aje terlupa nak singgah kat kedai macam ni padahal kalau tak pergi, hari-hari dok pasak kat kepala ni kalau ke sana jangan lupa terjah!

    Kalau saya ke sana lagi, nak jugalah singgah membeli...

    BalasPadam
  16. saya pernah makan.memang sedap.
    P cari pulak
    Dah tak dak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)