Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Rindu saat ini.. gambar keluarga adik beradik bersama abah dan mak.. |
Cantik ayat ni ...!
Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....
Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH ADIK BERADIK
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
Kirimlah kpd semua Adik beradik yg kita ingati.....
adik beradik..buruk atau baik macam mana pun tetap darah daging kita..air dicincang tak akan putus kan...
BalasPadamTepat sekali..tapi orang selalu salah anggap, ingat kita ni takde keje..tabahlah..
BalasPadamAdik beradik kakak setelah berkawen memang jarang berjumpa tapi hubungan kami akrab apatah lagi bila mak ayah dah takde.
BalasPadamMemang betul lah 3 hal yg patut kita ingat tu yatie.
info yang baik
BalasPadamBagaimana mak-ayah kita mendidik dari kecik kalau akrab biasanya sampai tua dan beranak-pinak pun adik-beradik tetap mesra dgn kasih sayang Yati. Jadi kalau kita macam ini rasa kakak anak-cucu kita juga boleh jadi macam kita juga. Itu harapan semua kita kan..
BalasPadaminshaallah
BalasPadamsuka kata2 itu...
BalasPadamAdik beradik bergaduhlah macam mana pun tetap berpisah tiada..
BalasPadamMacam mana marah pon dengan adik beradik tapi bila dah tengok muka hati terus jadi cair...kalau dah katakan darah daging...rindu sgt dgn abang dan kakak selalu time raya je dapat kumpul reramai...
BalasPadamAdik beradik ni datang dari "rahim"yang sama..seibu sebapa,walau apa pun yang berlaku kasih sayang tak akan putus ibarat "air dicincang tak akan putus" walau hingga sampai dijemput"ilahi"..love to my famly.
BalasPadam