JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 19 November 2015

Grand Lexis Through back : 1.. 2... 3... TERJUN... eeehhh PATAH balik NABIL :)

Kita pandang belakang pulak cerita gi Grand Lexis tahun lepas..
Anak-anak dah mula bertanya kita nak bercuti kemana mama..
Entahlah tak merancang nak kemana pun lagi..

Mula-mula Nabil takut sangat nak mandi dalam kolam ni.. dia berdiri jer tepi tangga ni .. puas en suami ajak turun dan kata biar abah pegang.. tapi menjerit-jerit dia takut.. (gambar kakak dan en suami tak boleh nak masuk ini cerita.. sebab aurat ehe)

Lepas tu nak petang jugaklah.. saya pulak pujuk dia.. ok mama pegang.. nak dia turun mandi.. lepas tu saya pelan-pelan lepas kan dia sambil suruh dia imbang badan jangan gelabah..

Tengok tu semakin berani :D

Kakak dihujung sana terus memberi semangat pada nabil untuk berenang sampai ketempat mereka..

Masih meneruskan renangannya itu..

Akhirnya sampai juga nabil ke hujung tu.. (gambar kehujung tu dah nampak kakak pulak)



Suruh dia bergambar di sini pulak.. sebagai tanya kejayaan..
Peace yo.. saya berjaya kata Nabil :)


14 ulasan:

  1. ni kalau anak2 i ni tak nak naik dah ni nmpk pool jer hahahahaha..budak2 mmg suka berenang2 camni

    BalasPadam
  2. wahh seronok abg Nabil ye kak... Pae pun suka sgt klu dpt mandi kolam ni... :)

    BalasPadam
  3. suka pegi grand lexis sbb ada private pool..bila la nk pegi lg

    BalasPadam
  4. teringin nak pi sini huwaaaaaaaaaaaaa
    sbb ada pool dlm bilik kan
    anak2 mmg cukup sukalah
    xpalah xde rejeki lagi
    hopefully dpt lah pergi nti kan

    BalasPadam
  5. hehe...kesian dia. rasa ngeri agaknya
    kalau saya pun camtu...hehe
    dah lama tak p swimming pool
    nak ajak jugalah bos ke sana cuti sekolah nanti =)

    BalasPadam
  6. bestnye la kalau dapat lepak sini...balas dendam terus...mandi kolam 18 jam tanpa henti...hahaha...kolam hotel open2 ni cam segan ar nak mandi kadang2 kene pakai baju renang je baru bleh mandi....cam hakak ni baju renang hape yg sesuai...kang sendiri tengok sendiri muntah camno??? kahkahkah

    BalasPadam
  7. Nabil dah pandai berenang. Seronok tengok kalau budak2 pandai berenang.

    Anak2 kak Zai baba diaorang yang ajar berenang dari kecik lagi.

    BalasPadam
  8. sonoknye dapat bercuti kat tempat camnih. puas lah anak2 mandi kolam tanpa berebut ngan orang lain kan~

    BalasPadam
  9. tak mampu nak pegi kat sini bila tengok harga bilik dia untuk satu malam....

    BalasPadam
  10. salah satu tempat yang kitorang teringin nak pegi sebab pool dalam bilik kita kan? nak bagi anak dengan mak bapak anak selesa mandi hihihihi

    BalasPadam
  11. cepat nabil pandai berenang...bagus tu.

    BalasPadam
  12. Bagus belajar berenang sejak kecil.. ;)

    BalasPadam
  13. 4 kaki aje yerk CH kedalaman air dalam pool ni. Kalau anak saya si Abang tu lepaslah kot (dah Mommy yang tak tinggi ni pun lepas ^_^) tapi yang saya risau si kecil saya tu. Kalau tidak, dah lama saya terjah bermalam di hotel ni. Boleh pakai 2pc suits ^_^ Keh3x.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)