JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 Jun 2014

5000 Jemaah Solat Jenazah.. IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR ~ TN HAJI AHMAD MUSTAFA..

Assalamualaikum kekawan...

Malam tadi seluruh Shah Alam diselubungi kesedihan dengan berita pemergian Imam besar Masjid Negeri Shah Alam, tiada lagi mendengar alunan suara yg merdu sewaktu mengimankan solat ..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

Dengar disini ..Solat Tarawih Imam Besar


SHAH ALAM 9 Jun - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.
Allahyarham yang dimasukkan di Unit Rawatan Koronari, IJN pada 4 Jun lalu, meninggal dunia pada pukul 9.07 malam ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada malam ini untuk dimandi dan dikafankan.



5000 ribu jemaah solat jenazah Imam Besar Negeri Selangor


SHAH ALAM 10 JUN: Kira-kira 5,000 jemaah melaksanakan Solat Jenazah ke atas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Turut serta dalam Solat itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Negeri Shah Alam di sini.
Selepas disembahyangkan jenazah dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan.








27 ulasan:

  1. alfatihah..semoga imam ditempatkan bersama2 mereka yang dirahmati...muda lagi kan..Allah sayang tuh..

    BalasPadam
  2. Kakak dengar dari berita radio IKIM pagi tadi Yati. Sedih.. .moga rohnya ditempatkan bersama para ambia', ulama' dan solihin..

    BalasPadam
  3. al fatihah// sedih sgt rasa hati... bila imam muda dijemput pergi dalam usia semuda itu.. hilang satu tempat rujukan kita.. moga beliau menjadi antara kekasih Ilahi

    BalasPadam
  4. masih muda lg orgnya...al fatihah..

    BalasPadam
  5. Dpt SMS dari seorg rkan mlm td T..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan insan2 yg diredhaiNYA...

    BalasPadam
  6. as salam. semoga Allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg soleh dan para anbiya. Aamiin.. BTW, abe kie follow sini. #324.

    BalasPadam
  7. innalillahi wa inna ilaihi rooji'un..

    BalasPadam
  8. Sedih bila dengar berita ni.. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  9. alfatihah...moga syurga lah tempat allahyarham

    BalasPadam
  10. org yg baik2, manusia pon sayang & kasih. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  11. al fatihah . semoga Allah meletakkannya di kalangan org2 yg beriman .

    BalasPadam
  12. Al fatihah ..moga roh beliau di tempatkan bersama2 orang yg beriman dan bertaqwa..

    BalasPadam
  13. alfatihah.. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah...semua yang hidup pasti akan kembali kepada nya..Semoga Roh beliau bersama orang2 beriman..Amin

    BalasPadam
  15. al fatihah...
    sebak bila mengenangkan anak2 arwah yg masih kecil :(

    BalasPadam
  16. al-fatihah
    insha'allah ilmu dan jasa baik arwah tidak akan disia-siakan di alam barzakh kelak.
    bila lihat cerita arwah ni, ingin cuba jadikan dia sebagai role model dalam hidup. Orang beragama insha'allah hidup bermakna.

    BalasPadam
  17. Al fatihah. Pernah juga dengar kuliahnya dalam Tanyalah Ustaz.

    BalasPadam
  18. Al-fatihah! Mudanya imam ni dah dijemput Ilahi. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...

    BalasPadam
  19. Alfatihah....alahai muda lagi dah pergi....rasanya mcm pernah tgk dia kat Tanyalah Ustaz...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)