JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 Jun 2014

BUBUR CHA CHA MUDAH .... emmmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)


Bubur chacha ni saya buat iftar semalam dirumah mak.. bila ramadan jer lah nak makan bubur bagai kan kekawan.. saya ambil resepi ni dari Blog Sinar Kehidupan.. Yatie memories yg pakar dengan kuih muih tradisional ni kan.. 
Bubur chacha ni cukup mudah nak memasaknya .. petang pukul 6 baru saya buat.. setelah memasak lauk pauk semua tu..
Jom kita intai resepi yg mudah dan sedap ni kekawan..

Petang ni nampaknya saya beli dibazar ramadan jer lah kekawan.. bila cuti jer nak masak sendiri :)

RESEPI BUBUR CHACHA


Bahannya :-
  • 2 cawan bubur cha cha
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Caranya :-
  1. Rebus bubur chacha sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  3. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  4. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  5. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.

12 ulasan:

  1. mmg senang buat bubur caca ni.. sedappppppp
    nanti kita try buat yer ;D

    BalasPadam
  2. Baru buat sehari sebelum berpuasa hari tu. Sesekali merasa, memanglah sedap nikmat gitu rasanya :)

    BalasPadam
  3. alamak..dh telan air liur ni...hehehe

    BalasPadam
  4. kak... bubur cha cha ni bukan yg gentel sendiri tu ke? ke ada jual?

    sbb pernah tgk mak saya buat, dia gentel sendiri he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin memang gentel sendiri Lia.. tapi akak beli yg dah siap ajer :)

      Padam
  5. semlm pun kami iftar bubur caca juga ...

    BalasPadam
  6. Emmm..sedapnya...mmg tk sempat nk buat ni..

    BalasPadam
  7. saya biasa buat ni campur ubi keledek atau keladi...lps tu bubuh biji sagu supaya pekat..

    BalasPadam
  8. sedapnya...jarang buat bubur ni.....
    2x promoted content + Ikea untuk Kak Yatie :)

    BalasPadam
  9. sedapnya..nk cuba resepi inilah.terima kasih, jemput singgah blog saya juga :
    http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)