JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 11 Jun 2014

SPAGHETTI BEBOLA DAGING MUDAH.... emmmm yummy :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :)

Ini percubaan kali kedua kakak Nabilah (pertamanya disini iftar-ke-2-spaghetti-meatball-by-chef.Nabilah) kira dah pro lah masak kali ni, tengok hasil hiasannya tu.. sedap pun sedap.. ni nak menghabiskan bebola daging yg saya masak bakso itu hari (mee-bakso-daging-mudah-dan-segera)

Setiap anak itu ada kelebihannya yg perlu kita terokai.. saya sedang berusaha utk menerokai kelebihannya dan cuba membantu akan kelemahannya seperti yg saya cerita disini ( ada-habuk-di-mata-saya-aku-tak-bodoh.

Ini dinner kami pada hari khamis lepas tak salahnya.. tekak omputih ni Nabilah dengan Nabil jer.. bertambah2 dia dua orang tambah.. Najeeha dan abah kurang sikit.. boleh dua beranak ni cicah biskut pulak lepas tu dengan air milo.. sabar jer lah.. saya ok jer.. macam hainomokje tak gitew mama zir ehe :)

Jom intai resepi kakak Nabilah yang mudah ini :)

RESIPI SPAGHETTI MEATBALL

Bahannya :-
  • 1/2 peket spaghetti
  • 3 keping burger ayam (dicincang)
  • 7 biji bebola daging
  • 4 sudu besar tomato paste
  • 1 tin cendawan butang di kerat 4
  • 1 labu bawang besar di potong bulat
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1/2 batang lobak merah di sagat
  • 1/2 gelas air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 6 biji tomato ceri/ 3 biji tomato biasa
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • garam
  • minyak
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, gorengkan bebola daging hingga masak, angkat, ketepikan.
  2. Kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan dan wangi, lepas tu masukan tomato paste, masak hingga naik minyak, kemudian masukan burger ayam yg dicincang tadi.
  3. Selepas tu masukan air dan lobak merah, bawang besar, cili potong, lada hitam,cendawan,garam  kacau sebati.
  4. Akhir sekali masuk bebola daging yg digoreng tadi , rasa garamnya.
  5. Boleh diangkat dan dihidangkan.
  6. Bagi nak rebus spaghetti tu.. didihkan air kemudian letak 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam. rebus sehingga masak.


24 ulasan:

  1. bg A+ 3bintang buat nabilah. presentation 1st class

    BalasPadam
  2. best spageti ni. terliur la pulak.
    sambil BW sambil mengisi

    BalasPadam
  3. pandai dak nabilah masak ya.....boleh makcik cuba resepi spaghetti ni nanti...
    begitulah yatie setiap anak ada kelebihan masing2..

    BalasPadam
  4. ummmmmm sedapnya........ pandai dia masak.........

    BalasPadam
  5. adoihai kakak sedapnya...semalam balik kakak saya buatkan pulok....

    BalasPadam
  6. salam kak.. wahhh! respek kat kakak nabilah.. terer tu masak spaggeti... auntie pun tak terer lagi..hehe..
    boleh buat resepi nabilah ni...:)

    BalasPadam
  7. wahh..boleh tahan.. berapa umur nabilah tu kak..?

    BalasPadam
  8. Nampak sedap. Baguslah tu at least Nabilah ada kebolehan memasak. Boleh explore lagi. Mana tahu Nabilah boleh jadi chef satu hari nanti.

    BalasPadam
  9. Nampak mcam mudah bagi orang bujang nak buat hahahah :D
    thanks kongsi huhuhuuu... - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    BalasPadam
  10. rajin nabilah tlng mama kat dapur kan...takpe2 pasni leh masak macam2 lagi

    BalasPadam
  11. spegeti memang simple..makan pon sodap..suka...

    BalasPadam
  12. ohhh kakak pandai nyerrr :) suka aunty baca tau!

    BalasPadam
  13. bagusnya chef nabilah...leh wat calon menantu ni...hheee

    BalasPadam
  14. spageti peveret anak2 zee ni kak..kalo buat sekejapan jer licin..hari2 pon dorang tak kisah tapi ibunya ni takleh tak pekena nasi..
    paling malas pon sos tu wat kosong jerk..buh banyak2 camni tak dimakan pon padahal yang ni la sedap..
    kakak nabilah meh datang sini tolong masakkan boleh?

    BalasPadam
  15. AKu mkn 2 ari lepas T..balik keje..siSulung tu dah masak spegeti ni...membalun lah aku...letak parutan cheese sikit atas tu T...sedappp...

    BalasPadam
  16. boleh jadi hidangan berbuka puasa nanti ni ...

    BalasPadam
  17. pandainye dia masak sendiri.
    untung lah mamanye. hehehe.

    BalasPadam
  18. benda paling mudah kan kak
    cepat masak cepat di makan hihi

    BalasPadam
  19. Macam ini tak lama lagi mama boleh goyang kakilah nabilla.
    Apa lagi cuti sekolah ni banyak masa kan:)

    BalasPadam
  20. falsya baru je masak spegeti last few days..hehe

    BalasPadam
  21. Nampak sedap...klu makan garenti sedap ni..dah pandai masak nabila ya...

    BalasPadam
  22. Sedapnyeee...sy teringin nk msk kt rumah tp suami xmkn...

    BalasPadam
  23. Senanglah mama...lepas ni boleh jer suruh kakak Nabila masak hehe...mama melingkau depan tv hehe....
    Boleh diharap dah yeh CH....
    Betul tu CH....yg penting tekak mereka tu....tekak kita sama je.....Selalu OK jer hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)