JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 25 Jun 2014

SUP AYAM KAMPUNG... emmmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah .. semoga sihat dan ceria :)

Terima kasih kepada kekawan yg mendoakan supaya saya cepat sembuh.. Alhamdulillah sekarang saya semakin sihat.. tapi perlu continue makan ubat tu sehingga habis kata doktor.. "kena jaga kesihatan baik-baik.. ni nak Ramadan " nasihat doktor Leny Marlina tu yg sangat baik.. masa saya masuk jer doktor tu dah tersenyum.. "tak sihat ke mama Nabil" popular sungguh Nabil ni.. Anak doktor ni sama sekolah dengan Nabil.. namanya Husna.. yg nabil rajin suka menyakat Husna ni.. kekadang hingga merajuk menangis.. tak tahulah saya dengan hero seorang ni..

Jadi petang semalam saya buat sup ayam kampung.. aduhh sesekali pekena sup ayam kampung waktu tak sihat ni memang berseleralah makan , ye kekawan.. budak2 pun gembira.. Semalam en suami menjemput mereka pulang dari sekolah.. 

Saya regukan dengan goreng ikan bilis dengan terung,(resepi disini terung-goreng-sambal ) bertambah lagi selera mereka makan, jadi kami makan malam pukul 6.00pm, Kak Nabilah boleh cakap "bestlah mama cuti, boleh makan cepat" lepas tu Najeeha menyampuk "kalau macam tu mama, tak payah kerja lah, best mama tak payah kerja tau, boleh buat kerja sekolah cepat, semua kerja tak terkejar-kejar".. en suami yg mendengar pun menyampuk "tunggu abah jadi jutawan baru mama tak payah kerja"
Hehehe bila lah en suami nak jadi jutawan ni... 

Ye lah bila saya cuti memang budak2 bertiga memang suka, sebab semuanya siap dan mood terkejar-kejar tu tak ada.. saya ambil mereka disekolah cepat, pastu boleh buat kerja sekolah cepat, makan malam cepat ehe.. kalau saya kerja tu, balik terus letak beg, terus bersilat didapur .. lepas magrib baru makan.. pastu  baru nak buat homework.. Okey dah banyak pulak cerita nya..

Jom semak resepi saya yg mudah ini :)

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG

Bahannya :-
  • 1 ekor ayam kampung (ayam kg ni kecik jer kan)
  • 4 biji kentang
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 3 sudu besar serbuk rempah sup (dibancuh bersama air)
  • daun sup
  • 1 batang serai diketuk
  • Garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris bersama herba tiga sekawan tu, kemudian baru dimasukan serbuk sup yg telah dibancuh dengan air, bila dah wangi, masukan air secukupnya.
  2. Kemudian masuk ayam dan kentang, tunggu sehingga kentang empuk dan ayam masak.
  3. Lepas tu masukkan serai dan rasa garamnya, bila dah okey baru masukkan daun sup.
  4. Siap untuk dihidang.



26 ulasan:

  1. Sedap sup ayam kampung isinya kenyal sikit...saya pun mcm tu jgk..kalau hari kerja makan malam lewat sikit...semoga yati cepat sembuh...

    BalasPadam
  2. saya x pernah beli lagi ayam kampung...selalu makan kat rumah mak ajer

    BalasPadam
  3. anak2 saya pantang sebut nak keje...masing2 tak bg..sapa nak tunggu kami balik sekolah,sapa nak masak,sapa nk teman buat keje sekolah,sapa nak siapkan nak pi mengaji quran..huuhhh beribu alasan dia org bg..tak kasi maknya kerja..

    BalasPadam
  4. saya biasa masak sup untuk anak..tpi biasanya sup saya amik kuah je,,makan dengan ayam goreng..

    BalasPadam
  5. selalu juga usha chese kek puan kutu.. tu lah ada be tu..hi

    BalasPadam
  6. Kalau boleh Yati kakak pun sama nak duduk rumah tapi rasanya kalau anak dah besar lagilah boring kalau duduk tunggu mereka balik...

    Baik-baik kalau hari kerja makan semangkuk sup ayam kampung bila tak kerja boleh makan dua mangkuk. Semangkuk sebelum anak-anak balik semangkuk lagi makan sama-sama mereka. Tak ke haru:)

    BalasPadam
  7. emmm...sedapnya sup ayam kg nie..rasa dia special, lain dr ayam pecan tuh...lamanya dah tak makan ayam kg nie...

    BalasPadam
  8. sy suka ayam kampung... wpon x byk isi, tp pejal nyer tu yg sedap...

    owhhhh sy pon nak sgt berhenti kerja... mungkin takdir Allah tentukan saya kena berjasa juga utk negara ;)

    BalasPadam
  9. alhamdulillah akak makin sihat..
    sup ayam kg sedap tue
    susah nk dpt ayam kg kan klau dok d kg sng ckit hehee

    BalasPadam
  10. Terung sambal tu feveret kamek CH..... sedapnya lama tak beli terung.
    Dapat bayangkan macamana berseleranya org demam hirup sup panas....walaweh.... mesti terus berpeluhkan...

    BalasPadam
  11. Panas2 ni dan bulan puasa pulak tak lama lagi memang eloklah sangat makan lauk yang sup2 ni....boleh tambah balek air dalam badan...

    Kurangkan makan yang pedas2 dan berempah..

    BalasPadam
  12. Kak yatie, nanti Jm nk try ayam bandor :-)

    BalasPadam
  13. Wah, dalam tak sihat sempat lagi masak sup ayam kampung! Kalau sayalah tak sihat, memang main order kat kedailah gamaknya :)

    Anak-anak pun suka sup ni. Kalau dah puas dengan nasi, kita bantai makan dengan spaghetti pulak!

    BalasPadam
  14. MasyaAllah, sedapnya.. Dlm tak sihat pun rajin masak, cayalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajin Zefa, tidak berlapar lah anak beranak.. nak membeli diluar , tak kena dengan selera yg demam ni :)

      Padam
  15. Ya Allah ...telio habis tengok terung goreng sambal tu hurmmm. Kalau ado potai ni lagi monyongat dibueknyo hehe :D

    BalasPadam
  16. Dr Leny Marlina yg klinik ajwa tu ke? saya pernan nampak nama klinik " Klinik Leny Marlina" kalau tak silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu DZ.. dulu klinik Ajwa ni namanya "Klinik Leny Marlina" tu kat seksyen 7 Shah Alam.. dekat seksyen 15 pun ada satu klinik nya :)

      Padam
  17. aihhh tengah2 tak sihat ni tengok sup ayam tu rasa macam sedaaaappp je kalau lalu kat tekak..

    BalasPadam
  18. sedapnya ...dah lama tak makan ayam kampung....lagi lah kalau betul2 ayam yg duk kg tu.....buat rendang pun maveles.
    akak yg duk rumah ni tringin nk keja ...anak dh besar2 ni boring tau duk rumah yatie...

    BalasPadam
  19. idah kalau hari2 sup ayam pun boleh... :D
    Get well soon dear...!

    BalasPadam
  20. yatie..ayam kampung kalau kita suka..masak apa pun sedap kan.

    BalasPadam
  21. tak sehat pun masak sedap2 nie kak..itulah kalau demam2 gini pekena sup panas memang nak nanges ayam tuh nanti..hhehehe

    BalasPadam
  22. Sedapnya... terliur pulak tgk sup ayam tu... lauk regunya pun mmg maveles!

    BalasPadam
  23. sedapnyee..anis memang suke sup.. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)